BAIT-BAIT lagu berjudul Tutur Batin barangkali memberi kesan mendalam buat penyanyi Adira sehingga dia menitiskan air mata tatkala menyampaikan semula karya berkenaan. Menerusi satu sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, pada awalnya kelihatan ceria tiba-tiba sahaja sebak ketika menyanyi. Air matanya terus berjurai bila tiba di bahagia lirik 'sejauh mana kau mencari takkan kau temukan yang sebaik ini' dalam lagu nyanyian asal Yura Yunita itu. Emma cuba tenangkan Adira. Video tersebut telah dikongsi semula ramai pengguna TikTok dan rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Adira. Ada yang menganggap kisah lagu tersebut memberi kesan kepada Adira terlalu banyak menyimpan perasaan sedih dalam hatinya. "Dalam banyak ketawa, Ami (panggilan Adira) simpan rasa sedih dalam hati. ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Unfollow’ bekas suami di media sosial, Adira mahu jaga pandangan dan hati - “Tak bermakna kami gaduh” ARTIKEL BERKAITAN: Selesai tempoh idah tapi Datuk Red masih panggil Adira sayang... Hargai jasa bekas isteri buat dirinya terkenal "Lepaskan Ami... kami doakan kamu terus kuat dan bahagia. "Ami sudah biasa kuat sendiri, tapi lama-lama tewas juga dengan perasaan sedih," komen netizen. Dalam video berkenaan, kakak kepada Adira iaitu Emma juga ada dilihat bersama dan memeluk erat adiknya itu. Di sebalik senyum Adira ada rasa sedih yang disimpan dalam hati. Malah kedengaran suara anak Adira yang bertanyakan keadaannya itu. Cuba berselindung, Adira hanya memberitahu mata-mata tiba-tiba pedih dan bukannya menangis. Adira dilihat memakai baju yang sama ketika dia bertemu mStar dalam temu bual pada Rabu. Berkongsi kehidupannya kini, Adira memberitahu dia dan bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan kini lebih fokus dengan kehidupan masing-masing selepas bercerai pada 24 April lalu. Meskipun tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing, Adira dan Adnan masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak. Adira dan Adnan sah bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!