suria

Separuh nyawa angkat 64 kotak, Shakilla Khoriri terkejut dapat botol isi minyak gamat - “Nak tercabut jahitan pembedahan aku”

Shakilla berkongsi pengalaman tersalah terima pesanan.

DUGAAN buat pelakon Shakilla Khoriri apabila lori penghantar barang tersalah menurunkan pesanan yang ditempah untuk perniagaan miliknya.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, dia memesan botol bagi mengisi garlic chilli oil yang diusahakan namun saiz botol diterima lebih kecil berbanding pesanan asal.

Menurutnya, dia bersama pembantu sebelum itu terpaksa mengangkat 64 kotak yang mana setiap satunya berisi 280 botol bersaiz kecil sebelum menyedari ia bukan botol dipesan.

shakilla 3

Banyak dugaan yang dilalui Shakilla dalam berniaga.

"Dah separuh nyawa angkat dari lori ke dalam, sekali driver salah hantar kotak.

“Macam nak tercabut jahitan pembedahan aku," katanya.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri dah biasa buat kerja berat, jangan salah faham sampai kata suami tak tolong... “Saya bukan isteri yang merengek minta bantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tepi rasa penat, Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak... Berhabis wang simpanan buat modal niaga

Menerusi perkongsian itu, Shakilla sempat berseloroh menggambarkan saiz botol yang dihantar seperti biasa digunakan untuk mengisi minyak gamat.

Tambahnya sejak kotak itu sampai, dia sudah dapat merasakan ia bukan seperti yang dipesan namun tidak menyangka semua botol itu tersalah hantar.

"Tengok pada kod kotak saya dah rasa lain macam, namun hanya fikir positif mungkin pengeluar botol tukar kod.

shakilla 2

Shakilla kini mengusahakan pernigaan sendiri.

“Selepas sahaja lori beredar saya cepat-cepat buka dan ternyata salah botol.

"Bayangkan saya dan pembantu angkat 64 kotak. Terkejut juga apabila buka semuanya botol gamat bersaiz kecil," ceritanya ketika dihubungi mStar.

Menganggap ia satu pengalaman melucukan, Shakilla juga sudah berhubung dengan syarikat pengeluar botol berkenaan bagi urusan menggantikan semula pesanan yang dibuat.

"Luculah juga bila dikenangkan. Saya terus hubungi syarikat berkenaan dan maklumkan yang pesanan salah. Dia beritahu driver lori yang tersalah hantar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain