suria

[V] ‘Unfollow’ bekas suami di media sosial, Adira mahu jaga pandangan dan hati - “Tak bermakna kami gaduh”

SEBAIK sahaja tamat tempoh idah, penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya iaitu usahawan Datuk Seri Adnan Abu dilihat berhenti mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Menjelaskan perkara itu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, tindakan itu dibuat adalah demi menjaga hati dan pandangan dalam memastikan hubungan baik yang terbina terus kekal baik.

"Sebenarnya ia untuk menjaga pandangan, hati dan mata sahaja. Ia bagus supaya hubungan kami akan sentiasa baik.

adira2 - 1

Adira bahagia bersama empat orang anaknya.

"Saling tidak mengikuti di media sosial ini tidak bermakna kami bergaduh sebab kami akan berjumpa juga kerana dia bapa kepada anak-anak kami.

"Cuma hubungan kami sudah bertukar menjadi orang 'luar'," katanya ketika ditemui mStar pada Rabu.

Menjelaskan hubungan mesra mereka ketika dalam tempoh idah sebelum ini, Adira enggan mengambil pusing dengan kecaman netizen kerana ia tidak mendatangkan faedah.

Sebaliknya kata Adira, walaupun sudah membawa haluan masing-masing dia tidak teragak-agak untuk terus bekerjasama dalam perniagaan dengan Adnan atau mesra disapa Datuk Red.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai tempoh idah tapi Datuk Red masih panggil Adira sayang... Hargai jasa bekas isteri buat dirinya terkenal

ARTIKEL BERKAITAN: Adira buat bekas suami tergamam, mahu kembali ke pangkuan Datuk Red - “Kalau saya cakap orang tak percaya”

"Saya tak ambil pusing dengan komen-komen netizen, hubungan kami masih baik kadang kala terlebih gurau itu biasa.

"Ketika itu dalam tempoh idah, saya tahu dia boleh balik rumah dan siapalah saya untuk menghalang perkara itu... hubungan kami baik sahaja sebagai rakan.

"Bila sudah habis idah ada pula jarak yang kami perlu jaga. Kami sudah ada kehidupan masing-masing saya," kongsinya.

Pusing-pusing pun akan jumpa dia (Adnan) juga.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

Sementara itu, Adira menyangkal dakwaan mahu melarikan diri daripada Adnan selepas mengambil keputusan berpindah dari kediaman mereka tidak lama lagi.

Sebaliknya kata Adira, perancangan berpindah sudah lama dibuat selepas terdapat beberapa masalah daripada pemilik rumah.

"Saya pindah tak jauh pun dari rumah lama. Ada beberapa masalah, jadi saya terpaksa cari rumah lain.

"Tetapi masih dalam 'laluan' yang sama, pusing-pusing pun akan jumpa dia (Adnan) juga," jelasnya.

2622183

Adira dan Adnan pilih berpisah secara baik.

Pada 15 Julai lalu, Adnan memberitahu tempoh idah Adira selesai selepas mereka sah bercerai pada 24 April lalu.

Adnan berkongsi perkara itu bagi mengelakkan berlaku sebarang fitnah berkaitan bekas isterinya.

Adnan turut menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.

Hasil kedua-dua perkahwinan itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain