DALAM diam pelakon Mas Khan selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Anatasha Diana, 27, pada Sabtu lalu. Dihadiri ahli keluarga dan teman rapat, majlis di sebuah restoran di Kuala Lumpur itu dilihat berlangsung meriah dan mewah. Kata Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 30, segala persiapan majlis diuruskan oleh bakal isterinya itu. "Saya pun tak sangka majlis kami meriah begitu. Saya tak tahu berapa bajet sebab semuannya diuruskan Ana. Majlis tunang Mas Khan dan Anatasha berlangsung meriah. "Majlis pertunangan biasanya dilakukan pihak perempuan dan dia juga tida meminta bantuan kewaangan daripada saya. “Dia uruskan majlis dengan baik dan sebab itu saya tahu Ana adalah pilihan tepat,” katanya kepada mStar. Berkongsi tentang hubungan mereka, Mas Khan memberitahu dia mula mengenali Ana sejak lima bulan lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Beza 7 tahun bukan penghalang, Muntazar Gufran dan Saidah Kamarudin nikah tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan ‘sponsor’ ibu dengan kawan-kawan tunai umrah, ambil pakej mewah bulan Ramadan RM12,000 seorang Tidak pernah bercerita tentang tempoh bercinta, bagi Mas Khan dia enggan ada pihak lain masuk campur atau bercakap buruk tentang hubungan mereka. "Daripada pengalaman hubungan lalu saya ambil pengajaran untuk tidak terlalu berkongsi. Takut nanti ada orang yang cuba 'cucuk' cakap bukan-bukan. “Ada sahaja akaun palsu yang bercakap perkara tidak benar atau bangkitkan kisah lama saya. "Saya tidak mahu dia menjadi sasaran di sosial media. Jadi sebab itu saya tidak berkongsi kisah percintaan kami. Biarlah bercinta diam-diam supaya tiada orang kacau," ujarnya. Anatahsa juga seorang wanita berdikari dan tidak terlalu bergantung harap pada lelaki. MAS KHAN PELAKON Anatasha juga kata Mas Khan merupakan seorang pramugari yang sudah berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan selama sembilan tahun. Mereka merancang untuk bernikah pada 25 Mei tahun hadapan. Pernah melalui fasa putus tunang sebelum ini, Mas Khan juga memberitahu dia tidak menutup pintu hatinya untuk mengenali rapat wanita lain sehinggalah bertemu Anatasha. Tempoh perkenalan singkat bukan alasan buat Mas Khan pilih Anatasha untuk dijadikan isteri. Persefahaman antara mereka dan sifat wanita itu yang pandai berdikari membuatkan Mas Khan yakin Anatasha adalah pilihan tepat baginya. "Selepas putus tunang sebelum ini saya tidak pernah buka ruang untuk kenal mana-mana wanita. Kalau ada sekalipun saya akan letakkan batasan. "Tetapi dengan dia saya terbuka hati. Kami mula kenal sebab dia juga merupakan guru yang mengajar saya kelas menyelam lima bulan lalu. "Kami banyak kongsi cerita dan masalah bersama. Dia seorang yang penyayang dan bekerjaya. Anatahsa juga seorang yang berdikari dan tidak terlalu bergantung harap pada lelaki," ceritanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!