IBU kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tetap akan berusaha mencari jalan agar dapat bertemu dengan dua cucunya selepas sekian lama tidak bersua muka. Siti Hafiza Basharahil meluahkan perkara itu bersempena ulang tahun keempat cucunya iaitu Ara Adreanna yang memberitahu mereka sekeluarga merindukan kanak-kanak itu. "Sannah Helwah buat cucu Umi Wan (panggilan Hafiza) dan Tok Ayah, Ara Adreanna yang sangat kami rindui. Hafiza menitipkan ucapan hari lahir buat Ara menerusi hantaran di Instagram. "Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tak akan berhenti untuk berjumpa Ara kerana Ara adalah darah daging kami juga," katanya. Siti Hafiza berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Khamis. Dalam ucapan hari lahir tersebut, Siti Hafiza turut memberitahu dia sekeluarga ada mengirimkan hadiah buat Ara dan berharap pemberian berkenaan sampai ke tangan cucunya. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah lama tak jumpa 2 cucu, ibu Aliff Aziz mahu kekalkan ukhwah keluarga - “Sampai kita berjumpa lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz minta maaf pada anak, hanya mampu kirim doa sempena hari jadi "Kami ada beri hadiah dah harap Ara terima hadiah tersebut, sehingga kita berjumpa lagi," ujarnya. Siti Hafiza turut meluahkan perasan sayang dan mendoakan agar Ara menjadi anak yang baik. "Umi Wan dan Tok Ayah, Daddy Aunty Aisyah dan Aunty Ain doakan Ara panjang umur menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat," ucapnya. Bella diberikan hak penjagaan sepenuhnya dua anaknya. Selain Ara, Aliff dan Bella mempunyai seorang lagi anak perempyan iaitu Ayden Adrean, 7. Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Bella. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!