suria

Bapa pilih tutup mulut, tiada sekelumit perasaan benci terhadap Zara Zya - “Sampai syurga itulah ayah dia”

Kemelut Zara dan bapa menjadi tanda tanya ramai.

BAPA kepada Zara Zya tidak akan sesekali membenci anak sendiri walaupun aktres itu ada memberi gambaran tentang hubungan mereka yang sedang bermasalah sebelum ini.

Enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut, Mohd Zainuddin sebaliknya memberitahu merindui Zara dan akan menutup mulut bagi mengelakkan sebarang masalah lebih parah.

"Biarlah dia (Zara) yang beri komen. Sebagai bapa, tak mungkin saya membenci anak saya.

zara 3

Bapa Zara muncul dalam temu bual bersama Melodi.

"Saya rindu anak saya. Tiada sekilas pun rasa benci. Terpulanglah kepada dia. Lebih baik saya tutup mulut," katanya.

Zainuddin mengulas mengenai perkara itu ketika ditemu bual menerusi program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Biarpun ramai yang mula membuat spekulasi tentang masalah keluarga mereka, Zainuddin bagaimanapun sentiasa mengingatkan keutuhan hubungan antara seorang anak dan bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak orang lain ditimang-timang” - Zara Zya minta jangan tanya fasal bapa, dah lama pendam perasaan

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya kembali ‘berkampung’ di hospital, terkena jangkitan kuman selepas pembedahan

"Saya nak pesan nama dia adalah Zainurul Razia Mohd Zainuddin. Sampai syurga itulah ayah dia dan tiada orang lain.

"Seburuk-buruk mana pun, itu tetap ayah dia," ujarnya.

Zara, 39, sebelum ini berkongsi luahan mengenai bapanya di laman Thread miliknya.

zara 1

Zara meluahkan rasa kecewa terhadap bapanya.

Dalam hantaran yang dibuat, Zara meluahkan rasa kecewa seolah-olah tidak menerima layanan baik daripada seorang bapa.

Malah memberi gambaran tentang hubungan dengan bapanya yang didakwa pernah memburukkan dia di media sosial.

Bagaimanapun pelakon itu tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka keruh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain