suria

“Dialog 2 baris buat sampai 10 kali” - Talha Harith bengang heroin tiada jiwa, hilang dari lokasi penggambaran

Talha anggap perbuatan artis berkenaan menyusahkan.

PELAKON Talha Harith meluahkan rasa bengang terhadap seorang aktres yang dikatakan tidak berdisiplin ketika mereka sama-sama terlibat menjalani penggambaran sebuah drama.

Kata Talha atau Talha Amir Harith, 35, pelakon berkenaan bukan sahaja tidak menepati jadual ditetapkan malah dilihat tidak mempunyai jiwa ketika membawakan wataknya.

"Tengah-tengah shoot di Terengganu dia boleh pula balik Kuala Lumpur. Hilang macam itu sahaja. Paling bengang dia kata nak datang semula ke set awal, tapi tetap lambat.

talha 333

Talha meluahkan rasa kecewa.

"Kelmarin (Jumaat) dia balik KL dan janji nak datang semula pukul 2 hari Sabtu. Sampai ke malam tak muncul dan akhirnya baru pagi ini (Ahad) dia datang. Susah bila dia tak ikut jadual sebab banyak babak kami bersama.

"Berlakon tiada jiwa. Bayangkan dialog dua baris buat sampai 10 kali. Saya rasa macam berlakon dengan robot," katakanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Tidak mahu mendedahkan sebarang nama, Talha bagaimanapun memberitahu ini bukan kesilapan pertama yang dilakukan pelakon berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang kembali kepada kekasih lama, Talha Harith terpaksa tanggung rugi tak jadi kahwin... “Dia tiba-tiba berubah minta putus”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 ekor kucing BSH RM20,000 buat bekas tunang... Talha Harith nak jual selepas tak jadi kahwin

Tambah mengecewakan lagi aktres tersebut juga bersikap seperti angkuh dan tidak memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

"Dekat set ini ramai lagi pelakon-pelakon senior. Paling tidak hormatlah mereka. Namun dia langsung tidak minta maaf selepas datang lewat.

"Saya ada juga kongsi nasihat agar tidak mengulangai kesalahan sama. Tetapi nampaknya dia macam tak berubah," ujarnya.

Nak ikut jadual dia, tapi dia sendiri langgar jadual

TALHA HARITH

PELAKON

Lebih teruk lagi menurut Talha heroin itu mahu menghabiskan penggambaran mengikut jadualnya sedangkan banyak babak yang tertinggal perlu dilakukan.

Dalam rasa marah dan kecewa, Talha tetap profesional untuk meneruskan penggambaran di lokasi.

"Dia kata selepas tarikh akhir penggambaran yang telah ditetapkan dia nak terus balik. Tapi banyak lagi babak tak buat.

talha harith 1

Talha bengang sikap tidak profesional pelakon di lokasi.

"Saya terpaksa korbankan cuti sendiri hari ini (Ahad) datang ke lokasi. Mungkin boleh selit buat babak yang tertinggal.

"Nak ikut jadual dia, tapi dia sendiri langgar jadual. Tak tahulah macama mana nak hadap muka dia," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain