PELAKON Mawar Rashid tidak akan sesekali bercakap mengenai bekas suaminya iaitu Raf Yaakob bagi mengelakkan sebarang salah faham. Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, berkata apa pun yang terjadi dalam rumah tangga mereka sebelum ini, Raf tetap bapa kepada anak-anaknya. "Buat masa sekarang, kami cuba yang terbaik. Itu sahaja saya boleh katakan... Sebab kalau bercakap mengenai bekas suami, saya bimbang boleh jadi punca atau permasalahan lain. Mawar sentiasa mengutamakan anak-anak. “Apa pun berlaku, Raf adalah bapa kepada anak-anak kami. Saya cuba untuk elak apa-apa perkara yang tidak baik,” katanya kepada mStar. Mawar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana drama Barajiwa yang diadakan di Setia City Mall, Shah Alam pada Ahad. Dalam pada itu, Mawar menjelaskan dia dan Raf masih berkomunikasi dengan baik demi menjaga hubungan bersama anak-anak mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman... Jaga hubungan baik demi anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid kunci mulut dakwaan sudah nikah jejaka Brunei, kongsi bila sedia Jelas Mawar, fokus mereka sebagai ibu bapa adalah untuk memberi perhatian penuh dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil. "Kami sentiasa berkomunikasi mengenai anak-anak dan keutamaan kami adalah untuk membesarkan mereka. Kami perlu pastikan mereka okay. "Saya dan bekas suami akan pastikan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain,” jelasnya. Hubungannya dengan keluarga bekas mentua juga masih dalam keadaan baik malah tiada sebab untuk memutuskan silaturahim yang sudah terbina sejak sekian lama. Saya cuba untuk elak apa-apa perkara yang tidak baik MAWAR RASHID PELAKON Pelakon drama Kalis Kasih ini menganggap penceraian sebagai ujian untuk dalam menjadikan dirinya insan lebih kuat. "Setakat ini masih baik, tapi saya tetap mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. "Saya percaya jika tidak kerana ujian ini, saya takkan dapat belajar menjadi seorang insan lebih kuat seperti sekarang. Allah sudah susun cantik semuanya,” katanya. Mawar berusaha menjadi lebih baik. Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan. Bagaimanapun, Mawar mengesahkan sudah bercerai dengan Raf pada November tahun lalu disebabkan sudah tiada persefahaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!