VOKALIS Khalifah iaitu Yabang tidak senang melihat rakan seperjuangan dalam industri muzik bersengketa gara-gara berebut nama kumpulan asal. Yabang atau Awang Sulong Oyong, berkata, pertikaian isu kecil seperti itu memberi persepsi buruk kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada pelapis baharu dalam industri muzik. Kata Yabang, sebagai individu yang lebih berusia mereka sepatutnya mencari jalan penyelesaian secara baik dan bukannya bergaduh di media sosial. "Industri hiburan kita kecil sahaja, kita hanya akan 'bermain' dalam satu bumbung yang sama jadi sepatutnya kita memberikan sokongan kepada rakan-rakan industri bukannya nak berpecah belah. Yabang mahu artis lama menunjukkan contoh terbaik buat generasi baharu. "Sepatutnya mereka perlu bawa berbincang kerana kita semua sudah dewasa. Waktu muda bolehlah kita nak tunjuk kita paling hebat tetapi sekarang anak-anak muda ini lebih hebat daripada kita," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Yabang berpendapat adalah tidak wajar bagi ahli yang sudah meninggalkan sesuatu kumpulan untuk menggunakan nama sama. Mengambil kisah Joe Wings sebagai contoh, Yabang berkata penyanyi berkenaan tidak pernah menggunakan nama bekas kumpulan sebaliknya mencari cara sendiri untuk menempatkan diri dalam industri muzik. ARTIKEL BERKAITAN: Khalifah Hubungi Mat Salleh Dendang Lagu 'Assalamualaikum Ustazah' ARTIKEL BERKAITAN: Mesej Khalifah Di AJL31 Tercapai "Memang tidak wajar, buat apa nak nak wujudkan kumpulan kedua? Kalau nak wujudkan pun, ia akan rosak kerana idea dalam kumpulan bukan hanya terletak kepada seorang individu. "Ia melibatkan semua punya 'kepala' jadi kalau seorang sudah keluar, ia takkan jadi seperti kumpulan asal. Rasa dan semangat itu tidak akan sama. "Cuba lihat contoh seperti Wings. Ahli yang sudah keluar seperti Joe tidak lagi menggunakan nama kumpulan mereka sebaliknya memperkenalkan diri dengan nama baru Joe Branko. Dia tak pakai Joe Wings," ujarnya. Waktu muda bolehlah kita nak tunjuk kita paling hebat tetapi sekarang anak-anak muda ini lebih hebat daripada kita. YABANG KHALIFAH PENYANYI Yabang bagaimanapun tidak menafikan rakan artis yang masih menggunakan nama kumpulan mereka adalah kerana tidak dapat bergerak sendiri tanpa dibayangi kisah lama. "Semuanya hanya sebab mahukan nama. Mereka tidak boleh hidup tanpa dibayangi nama kumpulan asal. "Saya tidak marah mereka tetapi sepatutnya kita ini sudah tua patut beri contoh yang baik. "Kita kena lebih menerima pendapat rakan-rakan dan jangan buat keputusan hanya kerana kita rasa keputusan itu adalah yang terbaik. Tak betul tu," jelasnya. Yabang tidak mahu pemuzik tempatan berpecah-belah. Sebelum ini, timbul kontroversi apabila ketua kumpulan Ukays iaitu Amy dan vokalis UK's Amir mempunyai pandangan berbeza terhadap penggunaan nama sama tetapi berbeza ejaan. Amir turut meluahkan rasa kecewa apabila kumpulan Ukays menggunakan lagu nyanyiannya sebagai promosi persembahan nyanyian mereka. Selain itu, isu yang sama turut melibatkan kumpulan Search apabila penyanyi Datuk Amy meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Din dan Kid (bekas anggota) yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa pengetahuan mereka. Malah Amy turut mempersoalkan royalti album yang sepatutnya menjadi hak bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!