BUAT pertama kali selepas 14 tahun penyanyi Tom kembali menyampaikan lagu berjudul Redha di depan khalayak dalam satu acara yang berlangsung pada malam Ahad. Sering mengelak untuk membawakan lagu tersebut dalam mana-mana persembahan sebelum ini, kata Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, karya tersebut memberi makna yang mendalam buatnya. "Memang rasa sedih kalau nak menyanyikan lagu ini sejak dulu lagi. Tom kembali menyanyikan lagu Redha depan peminat. "Kalau diminta memang saya akan cuba untuk elak. Rasa sedih sangat bila nyanyi lagu ini. "Mungkin sebab banyak kenangan sedih yang berlaku dalam hidup saya. Kehidupan yang teruk dan perkahwinan hancur. "Saya dapat rasa kesakitan ketika menyanyikan lagu ini," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tom ada sebab jarang ‘update’ fasal anak tiri, teringin berjumpa bekas isteri Fuad ARTIKEL BERKAITAN: Tom dituduh tak jaga pantang, rimas pakai baju tanpa lengan - “suami siap upah bidan” Tom sebelum ini berkongsi beberapa video dia membuat persembahan sempena Rockestra Legenda yang berlangsung di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Lagu Redha merupakan salah satu single yang dimuatkan dalam album pertama Tom dengan judul sama dan diterbitkan pada tahun 2010. Karya tersebut merupakan ciptaan Ly dan Baiduri. Saya dapat rasa kesakitan ketika menyanyikan lagu ini TOM PENYANYI Tambah Tom, dia akhirnya terbuka untuk menyampai lagu ini atas permintaan pihak penganjur meskipun berat untuk berbuat demikian. "Dah 14 tahun saya tidak nyanyi lagu itu di depan orang ramai. Saya lebih rela nyanyi lagu orang lain. "Tetapi permintaan penganjur kali ini saya ikutkan juga. Rasa berdebar sebab takut saya akan menangis di atas pentas. Lagu Redha antara karya yang menaikkan nama Tom. "Walaupun dah lama tak nyanyi 'vibe' sedih seperti sebelum ini masih ada. Tambah lagi dengan bilangan penonton yang ramai," katanya. Tom sebelum ini pernah melalui fasa kegagalan dalam perkahwinan sebanyak tiga kali sebelum dia kembali mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fuad Rahman pada Februari 2023. Dia memiliki empat orang anak hasil semua perkahwinan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!