suria

Osman Ali puji MK berbakat besar, mampu ‘campak’ emosi dalaman ketika berlakon

Osman (kiri) memuji lakonan mantap MK dalam drama aksi.

DALAM kekecewaan hero drama aksi Barajiwa menarik diri tiga hari sebelum penggambaran bermula, pengarahnya iaitu Osman Ali melihat ia sebagai satu hikmah.

Osman, 50, berkata, pemilihan MK sebagai pengganti adalah perkara terbaik malah tidak menyangka penyanyi rap itu berbakat besar sebagai pelakon.

Katanya, MK bukan sahaja mampu menzahirkan wataknya dengan baik tetapi bijak bermain dengan emosi terutamanya babak sedih.

osman2 - 1

Osman mengakui pada mulanya risau dengan kemampuan MK berlakon drama aksi.

"MK sangat komited dan apa yang mengejutkan dia mampu menzahirkan emosi dalaman dengan cemerlang.

"Inilah ketentuan Tuhan, apabila tidak dapat sesuatu (pelakon tarik diri) tetapi rupanya kita dapat yang lebih baik dan ada hikmah tersendiri," katanya kepada mStar.

Osman berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana drama Barajiwa yang diadakan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Osman Ali kecewa penggambaran Barajiwa tergendala, hero utama tarik diri 3 hari sebelum masuk set

ARTIKEL BERKAITAN: Penyebaran video kelab malam bukan 'marketing' promosi drama... Osman Ali tak cam wanita bersama Aliff Aziz

Dalam pada itu, Osman mengakui dia pada awalnya bersikap skeptikal dengan kemampuan MK kerana tidak pernah bekerjasama dengannya.

Namun dia tetap memberi peluang kepada anggota kumpulan K-Clique engan menguji kemampuannya menerusi sesi latihan pertarungan dan kagum dengan personalitinya yang mudah disenangi.

"Saya lihat dia ada satu karakter yang asli dalam lakonan dan nampak kesungguhannya melakonkan watak diberikan kepadanya.

Saya tak pernah nampak MK berlakon sebagai hero genre aksi tetapi nama MK dicadangkan oleh beberapa rakan saya.

OSMAN ALI

PENGARAH

"Saya juga ada hantar dia menyertai sesi latihan pertarungan dan dia buat bersungguh-sungguh.

"Personalitinya juga sangat disenangi malah mudah mendengar arahan dan memberikan kerjasama dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, Osman memberitahu dia tidak mempunyai masalah apabila MK memberitahu dia tidak mahu melakonkan babak mesra atau bersentuhan secara berlebihan dengan pelakon wanita.

mk - 1

MK disifatkan sebagai seorang pelakon yang komited dan berbakat.

Malah katanya, dia menghormati pelakon yang mempunyai prinsip dalam melakukan kerja mereka.

Drama lapan episod itu bakal menemui penonton memerusi Unifi TV bermula 2 Ogos ini.

Selain MK, Barajiwa turut dibintangi barisan pelakon termasuk Mawar Rashid, Josiah Hogan, Fauzi Nawawi, Alicia Amin dan Ady Mohammad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain