suria

Josiah Hogan lepas status warganegara AS, dalam proses dapatkan IC biru... Mahu anak-anak membesar dalam persekitaran Islam

Josiah sedang menunggu keputusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia.

PELAKON Josiah Hogan mengambil keputusan melepaskan status kerakyatan Amerika Syarikat (AS) dan sedang dalam proses permohonan mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Josiah atau Josiah Padilla Hogan, 38, menjelaskan terdapat beberapa faktor mendorongnya membuat permohonan tersebut termasuk ingin melihat tiga anaknya membesar dalam persekitaran agama Islam.

"Pertamanya saya memang menetap di Malaysia dan berkahwin dengan orang tempatan. Saya buat semua ini juga kerana memikirkan masa depan anak-anak.

"Majoriti penduduk di Malaysia adalah orang Islam dan kita ada Raja yang menjadi simbol pada agama di negara ini.

Josiah tidak nampak keperluan untuk pulang ke AS.

Josiah tidak nampak keperluan untuk pulang ke AS.

"Saya rasa lebih selamat apabila anak-anak saya dibesarkan di Malaysia kerana mereka berada dalam persekitaran Islam," katanya kepada mStar.

Josiah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana drama Barajiwa yang diadakan pada Ahad.

Dalam pada itu, pelakon filem KL Vampires ini memberitahu sudah pun mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wajah Pan-Asia dah tak laku? Josiah Hogan kata tunggu tiba masa sesuai

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan Ditipu Sebelum Ke Hollywood

Malah kata Josiah, dia juga sudah menyerahkan semua dokumentasi bagi permohonan tersebut termasuk surat sokongan daripada Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil.

"Saya baru selesai melalui proses temu duga dan kini sedang menanti keputusan.

"Semasa mengemukakan permohonan, saya ditanya apa yang boleh saya tawarkan sekiranya diterima sebagai warganegara dan saya jelaskan saya bekerja dalam industri kreatif tanah air.

Saya rasa lebih selamat apabila anak-anak saya dibesarkan di Malaysia kerana mereka berada dalam persekitaran Islam

JOSIAH HOGAN

PELAKON

"Saya juga ada meminta Fahmi Fadzil memberi surat sokongan menyatakan saya ini bekerja dalam industri kreatif di Malaysia," jelasnya.

Tambahnya, dia sebenarnya sudah berniat memohon kerakyatan Malaysia sejak 2019 namun perkara itu tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Sementara itu, Josiah memberitahu ibunya yang berasal dari Mexico juga membuat permohonan sebagai warganegara Malaysia dan sudah pun mendapat kad pengenalan biru.

JH

Josiah kini bahagia disamping isteri dan empat orang cahaya mata.

Jelasnya, proses dilalui ibunya lebih mudah kerana berkahwin dengan rakyat Malaysia.

"Mak saya pun turut melepaskan kewarganegaraan AS untuk menjadi rakyat Malaysia tapi proses dilaluinya lebih mudah kerana dia berkahwin dengan rakyat tempatan.

"Alhamdulillah dia sudah pun dapat keputusan, tinggal hanya perlu mengambil kad pengenalan biru sahaja," ujarnya.

Ketika ini, Josiah berstatus sebagai penduduk tetap dengan kad pengenalan berwarna merah.

hg

Josiah aktif sebagai pelakon di Malaysia.

Bagi melepaskan kewarganegaraan AS, pelakon itu perlu membayar wang sebanyak AS$5,000 atau RM23,000.

Untuk rekod, Josiah dilahirkan di AS dan ketika usianya tujuh tahun, dia mengikut ibunya berpindah ke Malaysia.

Josiah bertemu jodoh dengan Nurul Hidayu Mohamed Nordin pada Mei 2013 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sebelum itu, Josiah pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 18 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain