PELAWAK Shuib mendedahkan dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu. Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000. Cerita Shuib, ketika itu dia bersama rakan pelawak iaitu Shuk Sahar berada di Ipoh bagi menjalani penggambaran sebuah filem sekitar tahun 2013. Shuk menjadi saksi kehebatan Shuib bermain judi. "Masa itu aku main dan menang sebanyak RM68,000. Bila dah menang tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu seolah dia anggap aku menipu. "Dia siap hubungi beberapa orang gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang masa itu. Sampai saja mereka terus panggil ke bilik belakang teus tanya macam-macam perkara. "Bila aku dengar saja dia cakap macam itu, terus aku cakap, ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak’," katanya. Shuib berkongsi perkara menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib dedah 6 kali buat pembedahan hidung, tak tahan kena ejek ‘Fati Bawang’ sejak sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega dan Aisyah Hijanah direman, Shuib mohon serah pihak berkuasa lakukan siasatan Sejak kejadian itu, Shuib akui bertekad meninggalkan tabiat bermain judi. "Lillahitaala, aku cakap pada diri aku ini adalah kali terakhir aku main judi dan memang aku dah tak main dah lepas itu," ujarnya. Menurut Shuib, disebabkan ketagihan itu juga, dia pernah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. Katanya ketika itu dia tidak pernah berkira membazirkan wang bagi memuaskan ketagihannya terhadap judi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak. SHUIB PELAWAK/USAHAWAN "Banyak duit aku habiskan untuk main permainan itu dan aku pernah bertaruh RM150 setiap pusingan. "Dalam seminit sebenarnya permainan itu boleh main sebanyak tiga atau empat spin. Jadi, kau bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam satu minit? "Bila aku main dulu, banyak dah aku rugi sampai tak terkira berapa kerugian. Aku dulu punyalah tak ada duit, sampai kering langsung," ujarnya. Dia bagaimanapun bersyukur apabila kejadian tersebut menyedarkan dia agar meninggalkan perbuatan berdosa itu. Shuib syukur diberi kesedaran. Jelasnya sebaik sahaja berhenti melakukan perkara itu hidupnya semakin tenang selain memiliki wang simpanan. "Perbezaan dia Masha-Allah, Allah nak bagi... Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak. "Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak," ujarnya. *Sekadar peringatan, kegiatan judi adalah haram di sisi agama Islam Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!