suria

Diminta ‘low profile’, tak perlu kongsi foto semasa tunai umrah... Eyka Farhana cuma mahu tunjuk keindahan Tanah Suci

Eyka menunaikan umrah pada 14 Julai lalu.

PELAKON Eyka Farhana tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang merasakan tindakan berkongsi foto sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah adalah tidak wajar.

Dalam hal ini, Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 29, berpendapat tiada masalah sekiranya perkongsian momen itu dibuat kerana sebelum ini ramai sahaja yang berkongsi foto sewaktu mereka bercuti di luar negara.

"Ada yang kata kalau pergi ke Tanah Suci tak perlu nak muat naik sebarang gambar atau apa-apa, janganlah asyik bergambar sahaja.

Eyka hanya mahu berkongsi keindahan ketika berada di Tanah Suci.

Eyka hanya mahu berkongsi keindahan ketika berada di Tanah Suci.

"Ya Allah kenapa tak boleh kongsi kalau nak tunjuk betapa indahnya Tanah Suci Makkah. Kalau kita bercuti ke negara lain habis 10 kali kongsi foto tak ada masalah," katanya.

Eyka berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Eyka memberitahu tujuannya berkongsi foto sewaktu berada di Tanah Suci adalah untuk menunjukkan keindahan bumi Anbia itu selain mendorong orang ramai untuk menjejakkan kaki ke sana.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Karier masih nombor satu, Eyka Farhana belum ada perancangan nikah Akhyar Rashid

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana kongsi detik perkenalan dengan Akhyar Rashid, tiada masalah jalani percintaan jarak jauh

"Niat kita hanyalah untuk tunjuk keindahan bumi Makkah dan Madinah, dalam masa sama dapat juga sedikit sebanyak ajak yang lain untuk ke sini (Makkah) dengan izinya," ujarnya.

Pada 14 Julai lalu, Eyka berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah bersama adinya iaitu Dyba Farhana.

Eyka meluahkan rasa syukur dengan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di Tanah Suci dan memberitahu dia turut menyimpan hasrat untuk membawa seluruh keluarganya untuk menunaikan ibadah umrah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain