suria

Ruhainies tak kena boikot, pilih perlahankan karier lakonan... Mahu kembara keliling dunia

Ruhainies mahu berehat sekatika dan tidak terima tawaran berlakon.

SUSULAN kes mahkamah atas dakwaan berkhalwat, nama pelakon Ruhainies tidak terlepas daripada menerima banyak kecaman sehingga ada pakatan mahu memboikotnya.

Sentiasa percaya pada rezeki, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, sebaliknya memberitahu setakat ini karier seninya berjalan seperti biasa dan masih lagi menerima tawaran kerja.

"Saya baru sahaja selesai kerjasama dengan beberapa jenama. Tak rasa pun diri ini kena boikot.

ruhainies 444

Ruhainies meraikan ulang tahun ke-32.

"Kalau betul pun ada (boikot), itu diluar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya.

"Jika tiada rezeki saya tahun ini, mungkin tahun depan ada lagi," katanya kepda mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada guna melenting sebab dikecam, Ruhainies semakin matang berdepan ujian

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Bercakap tentang kerjaya lakonan, dia kini mengambil tempoh berehat dan berhasrat untuk lebih banyak meluangkan masa melancong mengelilingi dunia.

"Banyak juga tawaran berlakon yang masih 'on hold' tetapi buat masa sekarang saya rasa mahu berehat dahulu. Semua tahu ketika ini saya sedang berdepan ujian.

Percaya pada rezeki... Kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya.

RUHAINIES

PELAKON

"Bagaimanapun saya terlibat dalam mempromosikan pelancongan Malaysia. Jadi saya akan pergi ke banyak negara bagi tujuan itu.

"Sempena ulang tahun kali ini saya mahu melancong ke lebih banyak negara.

"Rasanya dalam usia begini saya dah tak fikir nak shopping apabila sambut ulang tahun. Lebih baik saya simpan duit untuk menggembara," ujarnya.

ruhainies 333

Ruhainies belum fikir soal jodoh.

Dalam masa sama, Ruhainies juga belum terfikir untuk segara mencari teman hidup sekali gus menamatkan zaman bujang meskipun usia semakin meningkat.

"Soal jodoh kita serah kepada Allah, just go with teh flow. Bukan mudah kalau kita bercakap tentang jodoh dan kita tidak boleh nak tergeas-gesa.

"Namun kalau ada yang sudi saya terbuka untuk terima. Jika lelaki itu adalah jodoh terbaik, mestilah saya akan terbuka hati," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain