suria

Ubai alami kecederaan ketika main bola sepak, perlu berehat enam minggu... “Tapi jaga anak tetap macam biasa”

Ubai terpaksa berehat akibat kecederaan pada bahagian tulang tengkuk.

PERSONALITI media sosial Ubai terpaksa berehat selama enam minggu daripada melakukan sebarang aktiviti lasak selepas terjatuh ketika bermain bola sepak pada Isnin.

Gara-gara insiden itu, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, memberitahu dia mengalami pendarahan pada bahagian tulang tengkuk dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

Meskipun sedang berdepan kecederaan dan perlu berehat panjang, Ubai berkata perkara itu sama sekali tidak menganggu tugasnya dalam menguruskan anak setiap hari.

Copy of Untitled - 2024-07-23T114606.709

Ubai berkongsi keadaannya terjatuh selepas dilanggar pemain lawan.

"Saya terjatuh main bola semalam jadi lepas pemerikasaan dapati saya ada pendarahan sikit pada bahagian tulang tengkuk.

"Saya perlu berehat enam minggu dan selepas dua minggu pula jalani fisioterapi.

"Saya berehat dari segi penjagaan fizikal tak boleh terlalu lasak. Tapi tiada masalah untuk jaga anak, Saya tetap jaga anak macam biasa," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Ubai berkongsi video di Instagram memaparkan keadaannya terjatuh selepas bertembung dengan pemain lawan dalam satu perlawanan bola sepak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai gementar nak mengurat Shila Amzah, teka-teki berjaya tambat hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai banyak luang masa dengan anak lelaki, Shila Amzah puji suami proaktif sebagai ‘bapa sambung’

Susulan itu dia terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan selepas penglihatannya terganggu dan mengalami pening berpanjangan.

Dalam pada itu, Ubai meluahkan rasa kesal kerana terpaksa membebankan isterinya iaitu penyanyi Shila Amzah untuk menjaganya sehingga pulih.

Namun, dia lega melihat Shila kekal tenang meskipun bertambah tugas dan perlu menyelesaikan urusan kerja.

Copy of Untitled - 2024-07-23T114958.956

Ubai kasihan melihat Shila terpaksa menjaganya sehingga sihat.

"Shila akan jaga saya sepanjang berehat ini, tapi saya kasihankan Sha, dia kena jaga anak dan saya pula... makin bertambahlah kerja dia.

"Tapi Sha akan terus berkerja, sebab bulan depan pun kami akan terbang ke China untuk terima undangan di sana. Macam mana pun kerja tetap diteruskan," ujarnya.

Untuk rekod, Ubai mendirikan rumah tangga dengan Shila pada 5 Ogos 2023 dan pasangan tersebut baru sahaja dikurnikan cahaya mayta bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain