suria

Pengikut IG minta nasihat daripada Shuib cara berhenti main judi... “Benda haram, Allah tak reda”

Shuib mendedahkan pernah melibatkan diri dalam aktiviti perjudian.

SUSULAN pendedahan Shuib mengenai penglibatannya dalam aktiviti perjudian, pelawak berkenaan menerima banyak pertanyaan daripada netizen yang mahu mengetahui usaha boleh dilakukan bagi meninggalkan perbuatan terlarang itu.

Berkongsi usaha dilakukan, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, memberitahu dia memohon doa kepada Allah SWT untuk diberikan kekuatan meninggalkan aktiviti berkenaan dan dipermudahkan urusan mencari rezeki halal.

Malah, dia juga menanamkan niat untuk tidak lagi berjudi kerana memikirkan segala kemudaratan yang akan berlaku kelak.

Pengikut di Instagram meminta nasihat daripada Shuib.

Pengikut di Instagram meminta nasihat daripada Shuib.

"Saya niat, tanam dalam hati nak berhenti sebab tak ada pengakhiran. Hujung-hujung sudah tentu saya akan rugi, kalah dan habis duit.

"Benda pun memang haram, benda yang tak baik. Allah tak reda jadi saya niat nak berhenti dan mohon semoga Allah beri kekuatan saya cari rezeki yang halal.

"Alhamdulillah bila saya berhenti rezeki halal yang datang melimpah-limpah rezeki yang berkat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah ketagih main judi, tak terkira kerugian demi puaskan nafsu... Insiden dikepung gangster buatnya insaf

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega dan Aisyah Hijanah direman, Shuib mohon serah pihak berkuasa lakukan siasatan

Shuib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut di Instagram yang meminta nasihatnya untuk keluar daripada melakukan aktiviti haram.

Individu berkenaan mendakwa dia tidak terlibat dengan perjudian namun terkait dalam aktiviti pelaburan wang asing atau forex sehingga dikejar oleh pengutip hutang.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu setiap individu diberikan ujian yang berbeza dan mendoakan agar individu berkenaan terus berusaha untuk keluar daripada masalah yang dihadapinya.

"Ujian orang tak sama, yang pernah duduk sebagai seorang fighter tahu macam mana susahnya nak keluar dari kancah judi bodoh.

"Semoga kita diberi kekuatan menghadapi segala ujian. Teruskan berusaha sahabat," ujarnya.

Shuib nekad untuk terus meninggalkan aktiviti perjudian.

Shuib nekad untuk terus meninggalkan aktiviti perjudian.

Sebelum ini, Shuib membuat pendedahan menerusi sesi podcast Dol's Podcast bahawa dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.

Kongsi Shuib, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000.

Sejak kejadian itu, Shuib akui bertekad meninggalkan tabiat bermain judi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain