suria

[V] Ibu syukur jasad Nidza Afham dalam keadaan sempurna, enggan fikir soal siasatan polis

IBU penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Irni Yusnita Istihat bersyukur jenazah anaknya dalam keadaan sempurna sebelum dikebumikan pada petang Khamis.

Irni, 54, berkata dia sempat melihat jenazah Allahyarham dimandikan dan sebagai ibu dia reda dengan pemergian anak kesayangannya.

"Tugas kita reda dan saya sangat bersyukur dan hati saya tenang apabila dilihat raut wajahnya semasa dimandikan.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 18.35.43

Jenazah selamat dikebumikan sekitar pukul 6.32 petang Khamis.

"Saya duduk di situ dan lihat tiada satu pun yang terpatah. Allah beri saya kesempurnaan itu sepeti mana saya lahirkan dia. Cukuplah!," katanya kepada mStar.

Irni berkongsi perkara sebaik sahaja selesai upacara pengebumian Allahyarham Nidza di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam, pada malam Khamis.

Mengimbau kembali ketika proses pencarian, Irni berkata dia sudah mendapat firasat ketika menemui dompet dan telefon bimbit anaknya itu.

Ketika itu dia hanya berharap agar anaknya dapat dikembalikan dalam keadaan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak jumpa nota rancang mahu berkahwin, bapa dapat firasat tentang Nidza Afham selepas laung azan

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan

"Semasa saya mencari dan jumpa telefon bimbit dan dompet bersama adik bongsu, saya dapat rasa dia dibawah.

"Balik malam itu selepas buat laporan polis saya terus solat dan meminta agar dipulangkan dalam keadaan sempurna sama seperti saat saya melahirkan dia

"Apa pun yang berlaku sebelum ajal dia saya sudah tak peduli. Kerana Allah itu satu, kalau ada yang berniat jahat pasti dapat balasan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Irni memberitahu dia enggan memikiran tentang proses siasatan yang bakal diambil pihak polis.

Kalau polis nak siasat silakan tapi saya sudah reda.

IRNI YUSNITA

IBU NIDZA AFHAM

"Itu bukan kerja saya. Kalau polis nak siasat silakan tapi saya sudah reda. Doakan anak saya," jelasnya.

Mayat Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 petang Rabu selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang.

Jenazah kemudiannya di bawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam selepas solat Asar.

Berita kehilangan Nidza tular selepas adik perempuannya yang juga penyanyi Aufahanie berkongsi di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari abangnya.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 17.25.44 (1)

Keluarga sayu dengan pemergian mengejut arwah.

Allahyarham dilaporkan keluar dari rumahnya sekitar pukul 7.45 malam untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya berjaya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

Rakaman CCTV yang berjaya diperoleh juga berjaya mengesan seorang lelaki memakai jersi bernombor 56 dipercayai Nidza sedang berjalan di sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana di Klang.

Artikel Lain