suria

[V] Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan

JENAZAH Allahyarham penyanyi Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam, pada pukul 6.32 petang Khamis.

Dianggarkan seramai 400 orang keluarga dan sahabat andai hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allayharham.

Upacara pengebumian tersebut turut dikawal oleh beberapa anggota polis di kawasan tanah perkuburan.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 17.25.42

Jenazah Nidza ketika dibawa ke masjid untuk disolatkan.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Puncak Alam di Shah Alam.

Mayat Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 petang Rabu selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang.

Jenazah kemudiannya di bawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nidza Afham mati mengejut, tiada sebarang kecederaan fizikal

ARYIEKL BERKAITAN: Nenek menangis tak dapat lihat muka cucu buat kali terakhir, pihak keluarga mahu segera kebumikan Nidza Afham

Bagaimanapun polis mengklasifikasikan kematian Allahyarham sebagai mati mengejut (SDR).

Berita kehilangan Nidza tular selepas adik perempuannya yang juga penyanyi Aufahanie berkongsi di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari abangnya.

Allahyarham dilaporkan keluar dari rumahnya sekitar pukul 7.45 malam untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 17.25.44 (1)

Nenak Allahyarham sempat beri penghormatan terakhir.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya berjaya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

Rakaman CCTV yang berjaya diperoleh juga berjaya mengesan seorang lelaki memakai jersi bernombor 56 dipercayai Nidza sedang berjalan di sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana di Klang.

Artikel Lain