PENGALAMAN termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka menjadi satu pengajaran baharu buat keluarga usahawan kosmetik Aleeya Zailan. Mengimbau kembali kejadian tersebut, Aleeya, 35, berkata, dia dan keluarga terpaksa menunggu selama tiga jam untuk mendapatkan air bersih. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama hotel berkenaan namun percaya ramai yang pernah mengalami nasib sepertinya. Air kotor yang terdapat di bilik hotel mewah tempat Aleeya menginap. "Air yang keruh itu bukan hanya bilik kami sahaja, tapi ketujuh-tujuh bilik yang kami sewa. "Kami terpaksa menunggu selama tiga jam untuk mendapatkan air yang bersih. Sepanjang menadah air macam-macam dalam fikiran kami. "Bukan kita tak pernah dengar kes mayat dalam tangki," katanya kepada mStar. Selepas aduan dibuat, Aleeya memberitahu mereka diberikan diskaun semalaman untuk ketujuh-tujuh bilik yang disewanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tekak gatal selepas gosok gigi, Aleeya Zailan terkejut air paip hotel 5 bintang macam teh ais ARTIKEL BERKAITAN: Aleeya Zailan tak hadap publisiti murahan, bimbang isu air kotor cemar nama Melaka Katanya, staf hotel berkenaan juga sedaya upaya memperbaiki keadaan berkenaan namun hasilnya tetap sama. "Staf di sana bagus-bagus mereka juga cuba membantu namun masih sama. "Mereka juga beri kami diskaun untuk satu malam bagi semua bilik. "Isunya bukan duit tapi kesihatan saya dan keluarga selepas ini, nak pergi berjumpa doktor ke macam mana?," katanya lagi. Alasannya tetap sama dalam siasatan. ALEEYA ZAILANI USAHAWAN KOSMETIK Sementara itu, menurut suami Aleeya iaitu Azri Aziz berkata mereka sehingga kini masih lagi menanti perkembangan mengenai kes berkenaan. Namun sehingga kini mereka masih menerima jawapan yang sama dan siasatan masih lagi dilakukan. "Saya masih mendapat update terkini tapi alasannya tetap sama dalam siasatan. "Mereka profeisonal dan faham isu berkenaan, video itu pun sekadar kesedaran untuk orang ramai dan tak nak orang lain kena perkara yang sama," ujarnya. Aleeya bimbang kesihatan keluarga terjejas. Pada 10 Ogos lalu, Aleeya memuat naik video kualiti air paip di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka sangat kotor. Malah dia mengalami sakit tekak selepas menggosok gigi dengan menggunakan air keruh berkenaan. Dia bagaimanapun menyangkal dakwaan sengaja mencari publsiti murahan apabila menularkan cerita kualiti air kotor di hotel berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube