suria

Aisha Retno mengaku dah berpunya... Teman lelaki memahami, boleh terima jadual kerja padat

Aisyah memberitahu dirinya kini sudah berpunya.

TANPA berselindung penyanyi Aisha Retno mengakui dirinya sudah berpunya dan memiliki seorang teman istimewa.

Tidak mendedahkan identiti lelaki berkenaan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 24, bagaimanapun berkata jejaka itu sangat memahami dan menerima kerjayanya sebagai seorang anak seni.

"Aisha sudah berpunya atau tidak... asalkan orang itu boleh terima dengan keadaan jadual saya yang padat.

Copy of Untitled - 2024-08-16T122816.858

Aisha berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast Buka Mulut.

"Dan dia dah terima, begitulah," katanya.

Aisha berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

Mengulas tentang kejayaan yang dikecapi setakat ini, Aisha turut meluahkan rasa syukur dikurniakan keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa menyokong karier seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama mula di puncak... Aisha Retno kecewa ada rakan industri mula jauhkan diri, tunjuk sikap dengki

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Video pelat Leona bawa tuah, tontonan ‘Ketipak Ketipung Raya’ Aisha Retno naik mencanak

Kata Aisha, dia tidak mungkin terus berdiri di tahap ini jika tiada sokongan daripada orang sekeliling.

"Nak sampai ke titik ini saya rasa saya tak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa saya dan rakan-rakan saya.

"Bukan jalan yang mudah, tanpa sokongan mereka dan usaha serta minat saya pun selamaa ini... saya tak rasa saya mampu ada di sini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain