suria

Aufahanie bengang ada pihak buat spekulasi tak benar tentang kematian abang... “Berhenti fitnah, kami sekeluarga tak reda”

Aufa kesal dengan tindakan individu mendakwa abangnya ambil nyawa sendiri.

PENYANYI Aufahanie meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir netizen membuat spekulasi tidak benar mengenai punca kematian abangnya iaitu Nidza Afham.

Menurut Aufa atau Aufahanie Mokhtar, 21, ada individu menabur fitnah kononnya arwah sedang berdepan masalah perhubungan sehingga mengaitkan perkara itu menjadi punca kematian.

"Kami (keluarga) saksi bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama. Siapakan kamu untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian abang saya, sedangkan kami sekeluarga masih menunggu keputusan yang pending dari pihak hospital.

size NP 1 - 2024-08-16T103556.158

Aufa membalas ciapan pengguna X yang melemparkan fitnah kematiaan arwah abangnya.

"Siapakah kamu untuk membuat kenyataan tentang hubungan mereka yang sedang bermasalah. Siapakah kamu? Teman wanita abang saya sangat baik. Kalau bukan sebab dia, malam kejadian abang saya hilang kami takkan tahu yang dia sudah hilang dan tak tahu ke mana nak cari dia.

"Allah temukan abang dan dia bersebab, sebagai pertolongan kepada kami dan juga arwah abang saya," katanya.

Aufahanie meluahkan perkara itu menerusi ciapan di akaun aplikasi X miliknya pada pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nidza Afham mati mengejut, tiada sebarang kecederaan fizikal

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan

Sebelum itu, seorang pengguna media sosial mendakwa Nidza mengambil nyawanya sendiri kerana mempunyai masalah dengan teman wanitanya.

Sementara itu, Aufahanie berkata dia dan keluarga tidak reda dengan perbuatan individu berkenaan dan meminta untuk menghentikan sebarang spekulasi tidak benar mengenai arwah.

"Berhenti sebar spekulasi dan fitnah terhadap arwah abang saya. Kami sekeluarga tidak reda dan tidak maafkan kenyataan yang dibuat oleh anda," jelasnya.

size NP 1 - 2024-08-16T103518.993

Aufa dan arwah abangnya sangat rapat.

Pada Rabu lalu, Aufa berkongsi berita kehilangan Nidza yang memohon orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat dalam usaha menjejakinya.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam pencarian, mayat Nidza ditemukan sekitar pukul 7 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang iaitu di jambatan Sungai Klang.

Penemuan itu turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selain pengecaman mayat dibuat oleh ahli keluarga berdasarkan wajah dan baju jersi dipakai.

Selepas bedah siasat dilakukan, Hussein memaklumkan kematian Allahyarham diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain