suria

Tiada barang milik Nidza Afham hilang, henti kenyataan negatif berhubung kematian abang Aufahanie

Pihak polis mengesahkan tiada barangan milik Nidza hilang.

POLIS menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berkaitan kematian abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Nidza Afham.

Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, pihak berkuasa juga sudah mengesahkan tiada sebarang dokumen atau barang kepunyaan Nidza yang hilang seperti di dakwa sebelum ini.

Malah kata Hussein, ahli keluarga Allahyarham juga tidak membuat laporan polis berkenaan dengan barang mangsa yang hilang.

aufa11 - 1

Aufahanie reda di atas pemergian Nidza.

"Orang ramai diingatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif atau perkara yang tidak pasti berkaitan siasatan kes ini," katanya.

Pada Rabu lalu, Aufa atau Aufahanie Mokhtar, 21, berkongsi berita kehilangan Nidza yang memohon orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat dalam usaha menjejakinya.

Polis mempercayai kehilangan Nidza berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai, manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie bengang ada pihak buat spekulasi tak benar tentang kematian abang... "Berhenti fitnah, kami sekeluarga tak reda"

ARTIKEL BERKAITAN: Nidza Afham mati mengejut, tiada sebarang kecederaan fizikal

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam pencarian, mayat Nidza ditemukan sekitar pukul 7 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang iaitu di jambatan Sungai Klang.

Penemuan itu turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selain pengecaman mayat dibuat oleh ahli keluarga berdasarkan wajah dan baju jersi dipakai.

Selepas bedah siasat dilakukan, Hussein memaklumkan kematian Allahyarham diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain