suria

Banyak projek dengan artis antarabangsa tapi Afgan tak terfikir untuk berhijrah, ada alasan mahu terus berkarya di Indonesia

Afgan tidak bersedia untuk berhijarah bina kerjaya di luar negara.

RANCAK berkerjasama dengan bintang antarabangsa, penyanyi Afgan bagaimanapun berkata dia tidak pernah terdetik untuk berhijrah ke luar negara demi membina kerjaya.

Buat masa ini, Afgan atau Afganshah Reza, 35, memberitahu dia lebih selesa berkarya sepenuh masa di negara kelahirannya iaitu Indonesia.

Sayang untuk melepaskan karier yang kukuh, Afgan lebih rela berulang-alik ke luar negara demi memenuhi sebarang undangan projek.

Copy of Untitled - 2024-08-16T161852.657

Afgan rancang bikin showcase di beberapa negara.

"Sukar untuk betul-betul tinggal di sana dan pindah dari Indonesia. Saya masih rasa Indonesia adalah tempat yang selesa buat saya saya berkarya.

"Kalau setakat dua tiga bulan di sana, kemudian pulang semula ke Indonesia saya boleh lakukan.

"Untuk jangka masa pendek mungkin boleh tapi untuk jangka masa panjang saya tak terfikir lagi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra bersama Jessi dikecam, Afgan cuma sampaikan mesej ikut kesesuaian lagu

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan belum berani buat konsert di stadium besar, tak sabar hiburkan peminat di Dewan Plenari malam esok

Setakat ini, Afgan sudah berkerjasama menerusi beberapa buah lagu bersama penyanyi asal Korea Selatan seperti Jackson Wang, Jessi dan B.I.

Tidak hanya fokus kepada industri muzik K-Pop, Afgan turut giat mengintai peluang untuk memasuki pasaran negara lain.

Jelasnya, dia kini dalam perancangan untuk melakukan showcase atau konsert jelajah bagi memperluaskan lagi pendengarnya.

Saya masih rasa Indonesia adalah tempat yang selesa buat saya saya berkarya.

AFGAN

PENYANYI

"Saya tak fokus di Korea Selatan sahaja, saya sekarang tengah buat konsert jelajah Asia saya sendiri.

"Konsert pertama saya buat di Seoul, Korea Selatan dan yang kedua di Malaysia baru-baru ini.

"Saya cuba untuk usahakan konsert jelajah ini meskipun berskala kecil di beberapa negara juga dengan harapan boleh memperluaskan pendengar saya di luar rantai Asia Tenggara,' jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-08-16T161954.794

Afgan menganggap pengalaman sebagai fasa pembelajaran.

Berkongsi pengalaman berkerja bersama artis antarabangsa, Afgan menyifatkan peluang tersebut sebagai salah satu bentuk pembelajaran buatnya sebagai anak seni.

"Saya melihat pengalaman yang saya dapat dari berkerja dengan pemuzik antarabangsa banyak memberikan saya pembelajaran.

"Mereka ada budaya kerja yang berlainan, saya dapat perbanyakkan lagi pengetahuan saya tentang proses penghasilan muzik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain