suria

Sudah popular sejak kecil, Aedy Ashraf tetap kena buli... Kawan suka ‘pow’ duit

Aedy tahu cara berdepan masalah buli.

WALAUPUN sudah dikenali sejak kecil, pelakon Aedy Ashraf mendedahkan dia tidak terlepas menjadi mangsa buli temannya yang selalu meminta wang miliknya.

Tidak cukup dengan itu, Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata, rakannya itu juga pernah melakukan kekerasan fizikal terhadapnya apabila kemahuannya tidak dipenuhi.

Disebabkan pengalaman itu juga, Aedy mempersiapkan diri dengan mempelajari seni mempertahankan diri.

aedy 1

Aedy dalami pelbagai seni pertahankan diri.

"Ada seorang rakan di sekolah rendah yang selalu minta duit dan saya pun tidak kisah. Cuma apabila saya tiada duit nak bagi dia marah.

"Ada juga berlaku kekerasan fizikal. Ketika itu saya hanya bersemuka dengannya untuk selesaikan masalah antara kami.

"Dari pengalaman itulah saya mula belajar seni mempertahankan diri. Dengan ilmu asas yang ada dapatlah kita bersedia jika berlaku apa-apa," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Status kami sudah cukup jelas” - Tiada lagi hubungan cinta, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kekal berkawan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aedy Ashraf tak cemburu Sharnaaz kongsi foto bersama Amelia Henderson, anggap itu pujian seorang abang

Aedy berkongsi kisah berkenaan ketika majlis tamat penggambaran filem Kahar: Kapla High Council yang juga mengangkat isu buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Bercakap tentang paparan dalam filem kali ini, Aedy menasihati penonton agar mengambil iktibar dari setiap mesej yang cuba disampaikan.

"Saya melihat filem sebagai medium untuk menyampaikan mesej. Benar filem ini mengangkat isu yang tengah panas, tetapi orang ramai perlu menonton dan dapatkan mesej sebenar.

Dengan ilmu asas yang ada dapatlah kita bersedia jika berlaku apa-apa

AEDY ASHRAF

PELAKON

"Tiada siapa yang galakkan buli. Dalam filem ini juga kami tunjukkan kesan dalam setiap perbuatan," ujarnya.

Filem arahan Razaisyam Rashid ini bakal ditayangkan pada November nanti.

Selain Aedy pelakon lain yang turut terlibat adalah Amir Ahnaf, Sky Iskandar, Nadhir Nassar, Naim Daniel dan Fadhli Masoot.

aedy 2

Barisan pelakon Kahar: Kapla High Council.

Bercerita pengalaman menjalani penggambaran, Aedy sempat berkongsi ilmu dengan barisan pelakon yang rata-ratanya merupakan muka baharu dalam industri seni.

"Saya sudah lalui berlakon filem aksi dan ia bukan mudah. Jadi dengan sedikit pengalaman saya kongsikan kepada mereka.

"Saya tidak mahu merasa rasa apa yang pernah saya lalui sebelum ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain