suria

Pilih akauntan sebagai calon isteri, Hasnol kahwin kali ketiga Disember depan

Hasnol bakal bernikah pada Disember depan.

PENYANYI Hasnol memaklumkan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya pada Disember depan.

Menurut Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 54, dia mula serius menjalinkan hubungan dengan wanita itu kira-kira dua bulan lalu.

Malah, ahli keluarga juga sudah bersetuju dengan keputusan mereka ingin mendirikan rumah tangga.

Hasnol bakal menamatkan zaman duda.

Hasnol bakal menamatkan zaman duda.

“Berkenalan di TikTok selama empat tahun tapi kami mula bercinta secara serius sejak dua bulan lalu.

“Sudah jodoh, lagipun masing-masing pun suka sama suka. Dia berasal dari Temerloh, Pahang dan bekerja sebagai akauntan sebuah syarikat swasta.

“Keluarga dia pun dah setuju untuk kami berkahwin pada hujung tahun ini,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu sakit tapi masih gagah cari rezeki, Hasnol terpaksa masuk hospital akibat jangkitan kuman dalam darah

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terima rawatan di wad isolasi, berita sudah meninggal dunia ganggu emosi Hasnol

Hasnol berkongsi berita gembira itu ketika ditemui di sidang media Konsert Telan Kaset 90an di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Hasnol bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti wanita berusia 40-an itu yang difahamkan bekerja sebagai seorang akauntan.

Dalam pada itu, Hasnol memberitahu dia dan bakal isteri merancang mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.

Sudah jodoh, lagipun masing-masing pun suka sama suka.

HASNOL HASSAN

PENYANYI

“Apa yang saya akan letak dalam jodoh baharu ni ialah kepercayaan, dia percaya saya, saya percaya dia. Kita sama-sama cari rezeki dan mahukan perkahwinan itu berjaya.

“Empunya diri tak nak majlis besar-besaran walaupun berkemampuan, apa yang boleh saya katakan dia adalah anugerah dari kayangan,” jelasnya.

Untuk rekod, pada 6 Oktober tahun lalu, Hasnol bercerai dengan isteri keduanya iaitu Marina selepas 12 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Haneesa Maisara yang kini berusia 13 tahun.

Hasnol juga memiliki tiga orang cahaya mata lain menerusi perkahwinan pertama dengan Akhmarzuraikha Salleh.

Hasnol kini sedang mengenali hati budi seorang akauntan.

Hasnol kini sedang mengenali hati budi seorang akauntan.

Dalam perkembangan lain, Hasnol antara penyanyi yang akan membuat persembahan di Konsert Telan Kaset 90an pada 12 dan 13 Oktober di Padang Timur, Petaling Jaya.

Antara artis lain yang turut terlibat pada konsert berkenaan ialah Zamani, Fuad Rahman, Tom, Rahmad Mega, Aris Ariwatan Roy dan Amir Ukays’s.

Tidak ketinggalan, Shidi Data, Isa Gravity, Wan, Febians, Shades, A to Z, Koolx Dinamik Kasawari dan Ady Wow.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain