suria

Sukar tidur, seram pintu bilik diketuk... Shuhaimi Lua berdepan gangguan selepas mengarah ‘Pontianak 200kg’

Shuhaimi Lua diganggu makhluk halus.

JIWA tidak tenteram dan sering terdengar bunyi-bunyi aneh sejak kebelakangan ini, pengarah Shuhaimi Lua memberitahu dia mengalami beberapa kejadian misteri sehingga menganggu aktiviti hariannya.

Cerita Shuhaimi Lua atau Shuhaimi Lua Abdullah, dia mula mengesan gangguan mistik itu selepas selesai penggambaran filem seram terbaharu berjudul Pontianak 200kg.

"Kalau saya cakap kena sihir nanti orang kata itu macam gimik pula, maklumlah filem Pontianak 200kg nak keluar... tapi hakikatnya selepas saya mengarah filem tu pelbagai kejadian aneh berlaku.

Untitled design - 1

Shuhaimi bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Pontianak 200kg.

"Hidup saya sekarang jadi tak tenteram, malam terganggu sebab sukar nak tidur, jadi saya musykil adakah ini sihir atau sebaliknya.

"Setiap malam sebelum nak tidur jadi terganggu, dengar bunyi pelik macam ketukan kuat dalam bilik dan dinding rumah," katanya kepada mStar.

Tambah Shuhaimi lagi, dia mula menyedari kejadian pelik ini berlaku selepas selesai penggambaran di salah sebuah lokasi dalam sebuah hutan di Shah Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak bengkak hati dengan Shuhaimi Lua, jawab tuduhan pengarah kesayangan stesen TV

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cuba tipu Shuhaimi Lua, tengok monitor boleh tahu artis terjebak cinta lokasi

Malah, ini merupakan kejadian pertama dia diganggu makhluk halus.

"Bila tanya pendapat orang mengenai masalah saya ni, ramai buat andaian macam ya terkena gangguan.

"Sebenarnya masa shoot filem ni memang ada gangguan... malam itu saya ada dengar bunyi pergerakan aneh, jadi saya minta kru untuk lempar mercun, kalau kucing atau harimau mesti dia akan lari bila dengar bunyi tu, tapi tidak bunyi itu masih ada," ujarnya.

Untitled design - 1

Shuhaimi (tiga dari kanan) bersama barisan pelakon Pontianak 200kg.

"Bukan saya seorang yang dengar malah ada kru lain pun ada waktu tu, selepas terkena usikan tu sehingga sekarang ni hidup saya macam serba tak kena.

"Sebelum ini banyak juga saya shoot karya seram tapi ini merupakan kali pertama terkena gangguan makhluk halus seperti ini," ujarnya.

Dalam pada itu, pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri memberitahu dia bakal memulakan rawatan alternatif secara Islam bagi memulihkan kembali semangatnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain