suria

Berehat daripada pertandingan komedi, Achey beri laluan kepada pelawak baharu... “Penonton lihat muka sama pun bosan”

Achey berehat dari pentas lawak kerana mahu beri peluang pada pelapis baharu.

PELAWAK Achey memberitahu dia mahu berehat daripada menyertai sebarang pertandingan komedi buat sementara waktu.

Kata Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya menerusi media sosial.

"Buat sementara waktu ni, saya nak berehat daripada apa-apa pertandingan melawak.

size NP 1 - 2024-08-16T123152.780

Achey berehat daripada pertandingan melawak.

"Bukan nak tolak rezeki tapi sekarang saya fokus mencari rezeki dari buat reviu dan meniaga dalam talian.

"Saya percaya pada rezeki dan tak salah beri ruang untuk bakat baharu," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Achey, program lawak juga dilihat semakin berkurangan, justeru itu tidak salah untuk dia memberi peluang kepada mereka yang mahu mencipta nama.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bocey tiada tawaran persembahan selepas Abam meninggal dunia... Fad dan Achey tunggu peluang, bakal umum anggota baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 kali jadi juara, Bocey ada sebab sertai MLM 2018

Tambah pelawak itu, dia mahu mengikuti sikap pelawak senior dahulu yang memberi peluang kepada Bocey untuk membina nama sewaktu di awal kemunculan mereka.

"Sekarang dah ketandusan program lawak, jadi biarlah saya tarik diri buat sementara waktu, bagi pelawak muda ni menyerlah.

"Saya nak ikut seperti pelawak senior dulu yang beri peluang kepada Bocey untuk mencipta nama," ujarnya

size NP 1 - 2024-08-16T123120.013

Bocey ketika beraksi di Maharaja Lawak Mega.

Dalam pada itu, Achey berkata dia mahu menjadi sama sekali tidak akan tinggalkan pentas pertandingan melawak.

Sebaliknya, situasi 'memerah otak' bagi mendapatkan idea untuk setiap minggu sentiasa menjadi perkara yang dirinduinya.

"Saya suka situasi kena 'perah otak' untuk cari idea, jadi saya takkan berhenti masuk pertandingan melawak.

"Lagipun tujuan saya masuk bukan nak kejar habuan atau pergi ke minggu akhir, cuma bila penonton asyik lihat muka sama sahaja mereka pun jadi bosan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain