USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri teruja apabila isterinya menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Ferrari sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata dia sudah lama mengidamkan memiliki kereta mewah berkenaan namun tidak menyangka dengan kejutan dilakukan isterinya iaitu Datin Seri Shahida. Malah dia juga memberitahu kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran PMD 1 itu juga dipilih oleh isterinya. Aliff tak sangka terima kejutan dari isteri. "I Love sayang. Tak sangka isteri saya kejutkan saya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17. Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferarri terbaru ini," katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan beberapa ahli keluarga terdekat meraikan ulang tahunya. Menerusi video berkenaan juga, dia bersama Shahida dan anaknya teruja menaiki kenderaan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tanggung malu, nama Aliff Syukri kembali bersih... Anggap 2 rakan kongsi ‘duri dalam daging’ ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menang saman fitnah, mahu heret bekas pembantu peribadi ke penjara "Isteri saya juga yang pilih sebenarnya kereta ini," ujarnya di dalam video.Dalam pada itu, Aliff memberitahu hasart untuk memiliki kereta idamannya itu selama ini terbantut apabila memikirkan keadaan ekonomi ketika ini. Dia bagaimanapun sangat berterima kasih dengan kejutan tidak disangka-sangka oleh isterinya itu. "Tapi bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai komitmen makin tinggi bila anak sudah remaja dan ekonomi tak stabil. Aliff teruja melihat kereta baharunya. "Tapi terkejut dapat hadiah. Terima kasih isteri saya yang tercinta untuk hadiah paling bermakna ini," ujarnya. Untuk rekod, Alif dan Shahidah atau Nur Shahida Mohd Rashid, 39, mendirikan rumah tangga pada 2007. Pasangan ini memiliki enam orang cahaya mata bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!