suria

Iqram Dinzly belum putus asa cari jodoh, impi ada zuriat sendiri

Iqram masih menunggu jodohnya.

PELAKON Iqram Dinzly masih meletakkan harapan untuk menamatkan zaman bujang walaupun usianya sudah mencecah 43 tahun.

Iqram atau Mohamad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, malah berharap untuk mempunyai zuriat sendiri bagi menyambung legasinya pada masa hadapan.

"Saya nak tengok zuriat saya, lagi-lagi bila saya tengok rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, Awal Ashaari dan ramai lagi sudah ada anak.

iqram 11

Iqram tak pernah putus asa.

"Bila saya tengok mereka mempunyai warisan dan legasi, saya juga nak lihat kesinambungan legasi saya sendiri," katanya.

Menurut Iqram, sebelum ini rasa ingin mendirikan rumah tangga itu tertangguh kerana dia ingin memberi fokus kepada ibunya.

Jelasnya kebahagiaan ibunya adalah yang utama sebelum membahagiakan anak-anak dan isterinya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak menyibuk tapi sekadar nasihat, Iqram Dinzly tak senang tengok sikap isteri buka aib suami

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar minta Iqram Dinzly jangan sibuk hal rumah tangganya - “Bukan aku kahwin dengan kau”

"Saya cakap terus terang, dalam hati saya buat masa ini hanya mama (ibu) saja yang ada dalam fikirkan.

"Selama ini saya rasa tak mampu nak bahagiakan dia. Jadi bagi ruang kepada saya untuk fikirkan kebahagiaan mama dulu, baru fikirkan berkenaan isteri dan anak-anak," ujarnya.

Dalam pada itu, Iqram turut berkongsi ciri-ciri wanita idamannya yang mana mampu membimbing dirinya menjadi insan yang lebih baik.

iqram 12

Ibu keutamaan Iqram ketika ini.

"Saya tidak sempurna, jadi kena cari orang yang boleh membimbing saya yang nakal ini. Tapi kalau nak dibandingkan dengan diri saya yang dulu, itu lagi teruk.

"Untuk mencari, saya hanya serahkan kepada Allah sebab saya bukan baik mana pun, cuma saya nak seseorang yang boleh sama-sama belajar ilmu Islam," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain