KUNJUNGAN ke Rumah Komuniti Malaysia (MCH) di Liverpool, United Kingdom sebelum ini telah mendorong usahawan dan juga pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim untuk sama-sama membantu membangunkan kembali pusat berkenaan. Melihat keadaan MCH yang tidak terusus dan perlu pemuliharaan, Rizalman, 53, berbesar hati memberi sumbangan sebanyak RM500,000 bagi tujuan berkenaan agar lokasi tersebut boleh terus digunapakai oleh rakyat Malaysia di negara itu. Baginya ia merupakan satu tanggungjawab untuk menghidupkan kembali fungsi pusat berkenaan yang selama ini menjadi destinasi warga Malaysia merasakan seperti di negara sendiri walau jauh di perantauan. Rizalman mahu bantu pembangunan ummah. "Sebagai khalifah di bumi Allah, saya melihat ada keperluan untuk saya membantu. Ia bukan untuk diri saya tetapi lebih kepada memberi sinar dan harapan kepada warga Malaysia di Liverpool berhubung kepentingan MCH. "Dari itu, saya menyimpan niat dan keazaman untuk memberikan sinar baharu kepada warga Malaysia di Liverpool dengan membaik pulih bangunan itu," katanya. Sumbangan disalurkan Yayasan Rizalman Ibrahim melalui Dar Al Qari Resources iaitu entiti yang diberi tanggungjawab menyelia dan membantu kerja-kerja pembaikan MCH Liverpool. ARTIKEL BERKAITAN: Memori lama tapi semangat baharu, Shila Amzah buat ‘comeback’ selepas 10 tahun tak bertanding di China ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan dengan Angeline Tan ada hikmah, Sabri Yunus semakin rajin dalami ilmu agama - “Senang nak terangkan pada isteri” Rizalman hadir merasmikan premis berkenaan pada Ahad lalu. Dalam masa sama pelbagai aktiviti sudah dirancang bagi mengoptimunkan fungsi pusat berkenaan yang juga menjadi lokasi pembangunan ummah di sana. Menurut Ketua Pegawai Operasi Dar Al-Qari Resources iaitu Jailani Jantan, kerja-kerja membaik pulih premis itu seiring dengan objektif utama entiti berkenaan iaitu menjalankan kerja-kerja dakwah. Rizalman hadir merasmikan MCH, Liverpool. "Apa yang perlu ditekankan mengenai pengisian MCH Liverpool ialah aktiviti kegamaan dan kebudayaan. "Komuniti ini juga tidak mahu generasi baru lupa akar umbi Melayu termasuk bahasa dan cara hidup, jadi harus ada pengisian yang boleh sentiasa mengingatkan mereka mengenai asal-usul generasi mereka," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!