PELAKON Diana Danielle berkongsi pengalaman berdepan gangguan mistik dipercayai angkara perbuatan sihir individu yang dengki terhadap perniagaan ibunya. Cerita Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, dia pernah diganggu dengan entiti menyerupai ulat bulu dan toyol ketika kecil. Jelasnya, lembaga itu seolah-olah dihantar hanya untuk bermain dengan mindanya memandangkan dia sahaja yang boleh melihat kewujudan mereka. Diana berkongsi kisah seram itu menerusi Podcast Sembang Seram. "Ibu saya dalam bidang perniagaan, jadi saya rasa mungkin ada unsur dengki. Saya dah biasa kena gangguan masa kecil. "Saya pernah mimpi ada ulat bulu dekat lantai karpet. Bila saya terjaga, ulat itu rupanya betul-betul ada dan dia bergerak keluar dari karpet...sampai penuh satu bilik. "Masa saya cuba keluar dari bilik, saya nampak lembaga berupa toyol pula terbang mengelilingi saya. Dia siap gelak dan cuba untuk takut-takutkan saya lagi. "Hantu-hantu ini dihantar macam nak ganggu minda kita, orang lain cuba selamatkan saya tapi mereka tak nampak apa yang nampak," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat obses hantar mantera sihir, 4 tahun Emma Maembong berdepan gangguan misteri ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terkejut dituduh punca Abang Bas ditahan polis, lantang bersuara bukan sebab mahu perhatian Diana berkongsi perkara tersebut dalam temu bual podcast Sembang Seram bersama pelakon Safwan Nazri. Selain Diana, rakan kepada ibunya turut menjadi mangsa perbuatan sihir pihak tidak bertanggungjawab itu. Berdepan detik cemas, Diana mendedahkan nyawanya pernah hampir melayang selepas diserang rakan ibunya yang sedang dirasuk. "Ibu saya pernah dicekik oleh kawan dia sendiri yang kena rasuk, tapi dia sempat larikan diri. Kemudian, kawan dia pula cari dan cekik saya. Diana mengambil iktibar atas pengalaman lampau. "Ibu saya tolak saya pergi belakang dia dan kami masa itu memang dah dekat sangat dengan tingkap. "Masa mereka tengah bergelut, saya dah hampir terjatuh sebab hanya berpaut pada leher ibu saya, mujur ada orang datang bantu kami," kongsinya. Semenetara itu, Diana memberitahu pengalaman lampau mengajarnya untuk lebih berhati-hati setiap kali melakukan pengambaran di kawasan pedalaman atau hutan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!