SELEPAS sekian lama peminat berharap dapat melihat penyanyi Yuna dan Bunga Citra Lestari bergabung dalam sebuah lagu, impian itu akhirnya terlaksana. Bunga, 41, berkata, walaupun mempunyai hubungan kekeluargaan namun mereka profesional ketika merakamkan lagu duet mereka berjudul Watak Utama. "Mungkin sewaktu bekerja, Yuna dan Bunga itu adalah satu jenama (penyanyi) tetapi selepas waktu bekerja ketika kami keluar bersama kami adalah keluarga. "Kami tidak mencampurkan urusan peribadi (keluarga) dengan kerjaya. Kami sudah menjadi penyanyi sebelum mengenali antara satu sama lain lagi. Yuna (kiri) dan Bunga tidak sukar untuk mencipta keserasian bersama. "Menjadi anggota keluarga merupakan satu bonus untuk kami mencipta keserasian dan meluangkan masa bersama," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Bunga menganggap kerjasama dengan Yuna adalah sebuah kolaborasi istimewa memandangkan mereka mempunyai pertalian kekeluargaan. Menurut Bunga, lagu baharu tersebut merupakan hadiah buat peminat yang selama ini menantikan lagu duet daripada mereka. "Memiliki biras yang sama-sama seorang penyanyi, saya terfikir kami perlu ada lagu bersama. Kerjasama bersama Yuna sangat senang kerana saya tahu dia tahu apa yang dia mahu. ARTIKEL BERKAITAN: "I miss you" - Bunga Citra Lestari luah rindu, titip ucapan sempena ulang tahun kelahiran arwah Ashraf Sinclair ARTIKEL BERKAITAN: Yuna seronok dapat duduk dekat dengan keluarga di Malaysia, terbang ke LA jika diperlukan "Yuna sangat berbakat, saya sangat mengaguminya. Kolaborasi ini sangat istimewa. Saya rasa peminat sudah lama menantikan kolaborasi Bunga dan Yuna dan inilah hadiah kami buat mereka," ujarnya. Sementara itu, Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 38, berkata dia sudah menghasilkan lagu Watak Utama sejak 2021 dan berhasrat untuk berduet bersama Bunga. Cerita Yuna, sepatutnya mereka melancarkan lagu tersebut pada 2023 namun memberi laluan buat Bunga kerana ingin melangsungkan perkahwinan pada Disember lalu. Menjadi anggota keluarga merupakan satu bonus untuk kami mencipta keserasian. BUNGA CITRA LESTARI PENYANYI "Selepas saya siap menulis lagu tersebut, saya terfikir untuk berkolaborasi bersama Bunga. Saya ada cuba menghantar lagu demo kepadanya menerusi WhatsApp dan dia kata dia mahukan lagu tersebut. "Jadi selepas itu kami setuju untuk merakamkan lagu bersama. Saya rakam lagu tersebut di Los Angeles dan Bunga di Jakarta. "Sepatutnya perancangan kami ingin melancarkan lagu itu pada tahun lalu tetapi saya dapat tahu yang Bunga ingin berkahwin. Jadi kami tunda dan akhirnya Watak Utama sudah pun dapat dilancarkan pada tahun ini," jelasnya. Peminat akhirnya dapat melihat kolaborasi Bunga dan Yuna. Yuna bagaimanapun meluahkan rasa teruja dapat berkolaborasi bersama Bunga kerana dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain mengagumi bakat yang ada pada penyanyi Indonesia itu. "Seronoklah bekerja dengan keluarga sendiri. Hubungan kami sangat rapat, menjaga antara satu sama lain. "Ini adalah sebuah projek istimewa dan saya gembira Bunga mahu bekerjasama dengan saya. "Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Bunga tak sangka akhirnya kami dapat bekerjasama," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!