SELEPAS menjalani prosedur pembedahan plastik pada bahagian hidung, pelakon Zarina Anjoulie berkata dia tidak teragak-agak membuang implan tersebut sekiranya sudah bosan dengan perubahan yang dibuat. Kata Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, selepas menjalani prosedur tersebut dia merasakan penampilan baharunya itu tidak sesuai dengan dirinya. "Ya saya baru buat hidung, tak ada yang perlu diselindungkan lagi kerana semua pengikut di media sosial saya sudah mengetahuinya. Zarina berniat untuk membuang implan pada bahagian hidungnya. "Saya bukanlah tidak berpuas hati dengan hidung saya. Saya suka saja hidung yang dulu tetapi kerana saya dibayar jadi saya lakukan sahaja pembedahan ini. Tapi selepas membuat pembedahan saya rasa ini bukan diri saya. "Saya rasa mungkin dalam hujung tahun saya buang implan ni. Saya saja nak tengok bila saya buat hidung ni," katanya kepada mStar. Zarina berkongsi perkara itu ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang diadakan di Ampang Glasshouse, Ampang pada malam Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie buat pembedahan di Vietnam, buang benjolan pada batang hidung ARTIKEL BERKAITAN: Netizen lebih suka hidung lama, Zarina Anjoulie dibayar jalani pembedahan - "Tolong faham ini punca rezeki saya" Dalam pada itu, Zarina berkongsi cerita bagaimana dia boleh bekerjasama dengan sebuah klinik estetik di Vietnam untuk melakukan prosedur pembedahan plastik tersebut. Kongsi Zarina, dia sendiri yang menghubungi pusat kecantikan itu dan selepas mengetahui statusnya sebagai seorang selebriti, mereka bersetuju berkerjasama. "Kerjasama ini semuanya bermula apabila saya approach mereka saja tanya tentang prosedur ini. Mereka lihat media sosial saya dan tahu yang saya ini seorang selebriti. Selepas membuat pembedahan saya rasa ini bukan diri saya. ZARINA ANJOULIE PELAKON "Lagi pun saya dapat buat secara percuma dan mereka bayar saya lagi. Kalau tak bayar, tidaklah saya nak tadah hidung pada mereka. "Selepas membuat pembedahan itu, saya rasa macam okaylah. Tidaklah buruk tetapi saya rasa ia bukan diri saya," ujarnya. Bercerita lanjut tentang perubahan yang dibuat, Zarina memberitahu sebelum ini dia banyak menerima komen daripada netizen mengatakan bentuk hidungnya tidak menarik. Zarina melakukan prosedur pembedahan plastik di Vietnam. Namun selepas membuat pembedahan plastik, dia masih lagi menerima kecaman dan sedar masyarakat tidak akan pernah berhenti bercakap tentang apa sahaja yang dilakukan. "Dulu netizen juga komen kata hidung saya bulatlah, mungkin sebab badan saya berisi waktu itu. Tetapi lepas saya buat pembedahan semua tak mengaku pernah komen kata hidung saya tak cantik. "Tapi saya tak kisahlah sebab saya tahu orang akan terus bercakap. Bila artis yang tak mengaku buat pembedahan plastik mereka (netizen) kecam, tetapi bila saya mengaku pun kena kecam. Jadi apa sahaja kita buat mesti kena kecam," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!