DALAM diam pelakon Ezzaty Abbdullah kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudahpun memasuki sembilan bulan. Tidak banyak berkongsi tentang kehamilan kali ini, Ezzaty, 34, memberitahu dia lebih selesa memaklumkan kepada umum selepas melahirkan anaknya itu nanti. "Rasa malu pun ada nak kongsi hamil anak ketiga. Bukan macam anak pertama dahulu yang terlalu teruja. Yang mana nampak tahulah saya sedang hamil. Anak-anak juga teruja menantikan kelahiran adik mereka. "Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin. Insya-Allah selepas bersalin nanti kami akan kongsikan," katanya kepada mStar. Ezzaty sebelum itu memuat naik video dia meluangkan masa bersama suami dan anak-anak yang menampakkan baby bump. Bercakap tentang tempoh hamil kali ini, kata Ezzaty ia lebih sukar berbanding dua anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah timang anak lelaki, syukur impian bersalin hari Jumaat tercapai ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan batuk tanpa henti... Ezzaty Abdullah masuk hospital, Azwan Kombos berdebar tunggu laporan doktor "Awal kehamilan saya sakit dan alahan teruk. Sakit yang tak boleh nak saya gambarkan. Mungkin Allah uji sebab anak pertama dan kedua terlalu enjoy hamil. "Mungkin awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Selepas empat bulan hamil barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan berehat. "Rasa gementar pun ada juga. Perasaan macam nak sambut anak pertama dahulu," ujarnya. Ezzaty dan Azwan menanti hari sambut kelahiran anak ketiga. Tambah Ezzaty dia dan suami iaitu pelakon Azwan Kombos tidak melakukan pemeriksaan jantina anak mereka kerana mahukan kejutan. "Dari segi persiapan kami beli barang tema putih sahaja. Sesuai untuk bayi lelaki atau perempuan. Kami mahukan kejutan dan tak buat pemeriksaan jantina," katanya. Untuk rekod Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016. Mereka memiliki sepasang cahaya mata iaitu harum Dalia, 7, dan Ahmet, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!