USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri tidak bersetuju dengan istilah menanggung 'biawak hidup' yang mana seorang isteri perlu menampung perbelanjaan keluarga kerana suami yang tidak bekerja. Kata Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, sekiranya berdepan dengan situasi tersebut, dia tidak akan sesekali berbuat demikian. Bagi Eriyca, seorang wanita perlu mempunyai harga diri dan tidak membuka peluang kepada lelaki mengambil kesempatan untuk hidup senang. Eriyca tidak bersetuju jika wanita perlu menanggung lelaki. "Pendapat saya kalau nak tanggung biawak hidup saya akan 'say no'. Kita wanita kena tahu nilai diri, siapakah kita, martabat dan maruah kita. "Tanggung biawak hidup seumpama kita tiada pilihan. Menyedihkan bukan? Tapi ia memang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita," katanya kepada mStar. Eriyca berkongsi perkara itu ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang diadakan di Ampang Glasshouse, Ampang pada malam Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Madammu hilang sabar, dakwa 'makcik' cuba rosakkan hubungan dengan anak tiri... Sakit hati tengok kemesraan ARTIKEL BERKAITAN: Idea bantu golongan memerlukan tercetus ketika di Makkah, Madammu puas dapat agih 1,000 pasang pakaian raya Sebelum ini, Eriyca tampil memberi respon terhadap komen seorang wanita di sesi siaran langsung TikTok miliknya yang mahu menjadi ejen perniagaannya dengan niat untuk menanggung teman lelaki. Jelas Eriyca, dia menasihati wanita itu agar meninggalkan teman lelakinya dan mencari calon yang lebih baik. Eriyca bagaimanapun memberitahu tidak salah jika seorang isteri mahu meringankan beban suami tetapi bukanlah dengan menggalas tanggungjawab sebagai pencari nafkah utama. Pendapat saya kalau nak tanggung biawak hidup saya akan 'say no'. ERIYCA BAIDURI USAHAWAN KOSMETIK "Saya cakap pada dia, kenapa nak tanggung biawak hidup? Siapa ajar? Membantu suami atau keluarga tak ada masalah. "Maksud biawak hidup adalah orang itu memang pemalas dan tak bekerja," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Eriyca menerusi jenama Noir baharu sahaja melancarkan produk syampu hasil kolaborasi bersama pendadan rambut terkenal Ridzokumura. Eriyca berkolaborasi bersama Ridz (kiri) menerusi sebuah produk rangkaian rambut. Kata Eriyca, kerjasama ini sangat bermakna kerana menganggap kepakaran yang ada pada Ridz atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 49, dapat membantunya menghasilkan sebuah produk penjagaan rambut yang baik. "Dengan kepakaran Ridz dalam penjagaan rambut profesional dan komitmen Noir terhadap inovasi kecantikan, saya yakin produk ini dapat memberi penyelesaian holistik untuk masalah rambut gugur dan kerosakan rambut. "Saya sangat teruja dengan hasil kolaborasi ini. Gabungan bahan semula jadi dan teknologi moden dalam produk ini adalah sesuatu yang luar biasa," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!