PELAKON Reen Rahim beruntung apabila ibunya tidak pernah jemu mendoakan serta memaafkan segala kesilapan pernah dilakukan walaupun sedar dia bukan seorang anak yang baik. Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, berkata, reda seorang ibu membuatkan dia dan adik-beradik yang lain dapat membesar menjadi individu lebih baik. "Walaupun perangai kami tak baik tapi dia tetap didik hati sentiasa reda, doa, maafkan dan halalkan semua untuk anak-anak dia. "Alhamdulillah kami adik-beradik sudah menjadi orang baik. Ha, sekarang dia tengah doakan aku dapat hidayah pula. Aminkan ya?," katanya. Reen berkongsi perbualan bersama ibunya di aplikasi WhatsApp. Reen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam perkongsian tersebut, Reen memuat naik tangkap layar perbualan bersama ibunya yang mendoakan agar dia dimurahkan rezeki serta mendapat hidayah untuk mengikut segala perintah Allah. "Terima kasih adik (panggilan Reen), asbab usaha kau ibu merasai ketenangan beribadah. Moga Allah panjangkan umur kau dalam barakah dan reda-Nya. "Moga Allah kurniakan kau hidayah agar kau mengikut segala perintah-Nya. Moga Allah lapangkan rezeki kau umpama air zam-zam yang tanpa henti," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim tak sangka suami perangai gila-gila, rezeki mencurah-curah sejak kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Reen Rahim kejar ibu mentua ketika hiking buat peminat geli hati, rezeki keluarga suami penyayang Tidak hanya itu, ibu Reen turut mendoakan agar pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dikurniakan zuriat yang dapat membawanya ke syurga. "Moga Allah sukseskan kehidupan dan beri kebahagiaan dunia dan akhirat. "Semoga Allah kurniakan kau zuriat yang dapat mempimpin tangan ibu dan ayahnya ke syurga tanpa hisab," tambahnya. Ibu Reen turut mendoakan dia dan suami dikurniakan zuriat. Dalam pada itu, Reen memohon ibu bapa di luar sana untuk tidak lupa mendoakan zuriat mereka kerana percaya kebahagiaan anak-anak adalah daripada reda orang tuanya. "Kepada ibu bapa di luar sana, doa dan reda kalian sahaja yang dapat selamatkan anak anda. "Jangan penat untuk sentiasa reda, doa, maafkan dan halalkan semuanya untuk anak anda. "Walaupun perangainya jahat sebab memang itu yang Umi (panggilan ibu) buat dekat aku," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!