suria

Syamim Farid ‘rebranding’ karier selepas 10 tahun bergelar pelakon, ada sebab pilih tukar nama

Syamim kini mahu dikenali sebagai 'Syamim Freida'.

SELEPAS sekian lama berehat dalam dunia hiburan, pelakon Toh Puan Syamim Farid tampil dengan penjenamaan semula dengan nama baharu iaitu Syamim Freida.

Syamim atau Syamim Mohd Farid, 33, berkata, perkara itu turut dilakukan bersempena ulang tahun ke-10 dia melibatkan diri dalam dunia lakonan.

Jelasnya, nama Freida itu diambil bersempena gabungan nama ibu bapanya iaitu Zuraida dan Farid.

"Ini merupakan tahun ke-10 saya dalam industri dan saya mempunyai perancangan untuk kembali aktif dalam kerjaya lakonan saya.

syamim2 - 1

Syamim mahu kembali aktif dalam bidang lakonan.

"Ini masa terbaik untuk saya jenamakan semula nama dengan menggabungkan nama ibu bapa saya," katanya kepada mStar.

Syamim berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran program Tiga Is3 yang diadakan pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Syamim menjelaskan penukaran nama itu bukan bertujuan mengelirukan orang ramai sebaliknya yakin peminat dapat menerima perubahan dilakukan.

"Saya tak mahu mengelirukan peminat dan disebabkan itu saya hanya membuat perubahan sedikit berbanding nama asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan, rupanya sejak kecil Syamim Farid mahu bergelar puteri diraja

ARTIKEL BERKAITAN: Privasi Syamim Farid Untuk Suami

"Saya yakin lama kelamaan peminat akan terbiasa mengenali saya dengan nama baru ini.

"Tiada sebarang sebab tertentu pun sukar tukar nama hanya sekadar ingin dikenali dengan nama baru," katanya.

Dalam pada itu, sebagai persediaan Syamim ada menyertai kelas lakonan dan bahasa Indonesia di Jakarta bagi menambah ilmu.

Langkah ke negara seberang juga turut membuka peluang kepadanya menyertai uji bakat dan terpilih membintangi sebuah filem terbitan produksi di Indonesia.

"Awal tahun ini saya ada menyertai kelas lakonan dan bahasa Indonesia untuk menambah ilmu.

Saya rasa mungkin ini adalah masa terbaik untuk saya rebranding diri saya dengan nama Syamim Freida.

SYAMIM FREIDA

PELAKON

"Alhamdulillah asbab mengambil kelas lakonan di sana, saya berpeluang menyertai uji bakat dan terpilih berlakon filem.

"Insya-Allah saya akan berangkat ke Jakarta selama tiga bulan untuk penggambaran filem tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syamim juga bakal muncul dalam program terbaharu Tiga Is3 yang menggabungkan dua lagi personaliti popular iaitu Uyaina Arshad dan Adriana Adnan.

Kolaborasi itu bukan sahaja atas dasar profesional malah dapat mengeratkan lagi hubungan akrab di antara mereka yang sudah lama terjalin.

syamim1 - 1

Syamim muncul dengan program terbaharu iaitu Tiga Is3.

Malah mereka bertiga turut diberi peluang merakamkan lagu runut bunyi program tersebut yang memberi pengalaman baharu.

"Walaupun gugup tetapi kami berjaya merakamkan lagu Permata dalam tempoh singkat dan harap-harap rancangan ini akan menjadi inspirasi dalam menyebarkan kebaikkan," jelasnya.

Tiga Is3 akan menemui penonton pada 22 September ini bersempena Hari Memperingati Isteri yang diraikan pada minggu ketiga September.

Sebagai permulaan sebanyak tiga episod akan bersiaran pada setiap hari Ahad pada pukul 5 petang menerusi saluran YouTube FYP Media.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain