PELAKON dan pengacara Shamsul Ghau Ghau memuji pendekatan mengunci mulut Fattah Amin selepas sah bercerai Isnin lalu. Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, menyifatkan tindakan berkenaan sebagai bijak dan sepatutnya menjadi contoh buat para lelaki di luar sana. "Saya puji Fattah sebab dia tak ada komen apa-apa. Kalau pihak satu lagi bising... biar dia bising dulu, satu hari kebenaran akan terungkai. Shamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland. "Sebagai lelaki, kalau dia (wanita) bercakap jadi kita diam. Ibarat rumah tangga, kalau suami isteri sama-sama nak bercakap nanti akan jadi kecoh. "Lebih baik berdiam dulu, Tah (Fattah) relax dulu Tah!" katanya kepada mStar. Shamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Salju Rindu Di Bumi Auckland yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu. Enggan menyebelahi mana-mana pihak, Shamsul bagaimanapun kurang bersetuju dengan tindakan Fazura yang seolah-olah membuka pekung di dada. ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin nasihat Fazura diam usah buka aib, persoal niat cerai cara baik ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau titip nasihat, pesan Fattah Amin terus kuat hadapi ujian rumah tangga Jelasnya, cerita buruk mengenai bekas suami sepatutnya dirahsiakan dan tidak dicanang kepada umum. "Saya tak menyebelahi mana-mana pihak, itu urusan keluarga mereka. Itu hal dialah. "Tetapi kenapa yang buruk-buruk diceritakan kepada orang lain. Diam sudahlah. Benda itu rahsia, aib! "Kita nampak baik sebab apa, sebab Allah tutup aib kita. Kalau Allah buka, buruk kita nanti," katanya. Tah (Fattah) relax dulu Tah! SHAMSUL GHAU GHAU PELAKON Sementara itu, Shamsul turut memuji sikap segelintir selebriti tempatan yang saling menutup aib bekas pasangan selepas bercerai. "Ada segelintir orang, dia suka diketahui sampai jadi peminat pun semua sibuk dan ambil tahu. Pelakon lain bercerai tak ada kecoh pun. "Kita hormatlah, selagi benda itu boleh disimpan. Simpanlah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Shamsul membintangi drama bersiri oringinal Tonton berjudul Salju Rindu Di Bumi Auckland yang sudah pun ditayangkan pada 16 September lalu. Shamsul melakonkan watak sebagai Pak Talib menerusi drama Salju Rindu Di Bumi Auckland. Membawakan watak sebagai Pak Talib, Shamsul bersyukur karakter jahat yang ditonjolkan berjaya bermain dengan emosi penonton. Sejak tayangannya, drama ini berjaya menduduki tempat pertama di platform Tonton selama dua minggu berturut-turut sekali gus menjadikannya pilihan utama penonton. Selain Shamsul, Salju Rindu Di Bumi Auckland ini turut dibintangi oleh Emelda Rosemila, Nabil Aqil, Shamsul Ghau Ghau dan Kodi Rasheed. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!