suria

Kongsi foto di mahkamah syariah, Idzham Ismail hanya minta doa buat keluarganya

Idzham hanya mengharapkan yang terbaik buat keluarga.

PERKONGSIAN foto pelakon Idzham Ismail yang dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Klang menimbulkan tanda tanya seolah-olah memberi gambaran berlaku konflik dalam rumah tangganya.

Memilih tidak mengulas perkara tersebut, Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, sebaliknya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

"Saya tak tahu nak komen apa. Segalanya masih dalam proses. Harap doakan yang baik-baik.

idzham 2

Perkongsian Idzham di Instastory miliknya.

"Apa yang penting bagi saya adalah anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Idzham sebaliknya hanya memberitahu semua keputusan dibuat selepas ini adalah demi kebaikan dua orang cahaya matanya.

"Segala keputusan saya amat pentingkan anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan keputusan kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kaitan isu peribadi, perkongsian Idzham Ismail fasal rumah tangga secara umum - “Mana tahu siapa baca tak jadi cerai”

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail izin isteri kerja pramugari semula, letak syarat jangan lupa tanggungjawab terhadap keluarga

"Risaukan anak-anak untuk jangka masa panjang," ujarnya.

Untk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain