suria

Azlan Komeng patah kaki dan tangan, isteri cerita detik cemas terlibat kemalangan - “Dia guna badannya lindungi saya daripada dirempuh”

Azlan dan isteri mengalami kemalangan apabila keretanya bertembung dengan kenderaan lain.

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Itu gambaran dapat diberikan kepada pelakon Azlan Komeng dan isteri iaitu Nur Nilam Ortiz yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat lalu.

Nur Nilam memberitahu kenderaan jenis Perodua Kancil dipandu suami bertembung dengan sebuah van sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan.

Disebabkan kejadian itu, Azlan mengalami kecederaan patah pada bahagian tangan kanan dan kedua-dua belah kaki manakala dia hanya cedera ringan.

Copy of Untitled - 2024-10-13T132218.654

Nur Nilam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok.

"Kereta kami bertembung dengan kenderaan lain, dan saya pun tak ingat sama ada lori atau van.

"Keadaan saya stabil cuma ada sedikit luka dan bengkak, cuma suami saya kaki dan tangan dia patah. Keadaan suami saya masih teruk lagi," katanya.

Nur Nilam berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Khadijah Ibrahim kemalangan di Sabah, alami kecederaan ringan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz cerai Azlan Komeng tak sah, Nur Nilam kembali taat kepada suami

Pelakon Sharifah Shahora turut berkongsi foto kenderaan pasangan tersebut yang remuk teruk pada bahagian hadapan kereta.

Malah Shahora turut memuat naik gambar Azlan yang sedang terbaring di katil wad dengan tangan dan kaki berbalut.

Bercerita lanjut, Nur Nilam mengakui nyawanya mungkin sudah melayang sekiranya Azlan tiada disisinya ketika kemalangan berlaku.

Malah tindakan pantas Azlan melindungi badannya ketika kemalangan menyelamatkan nyawanya.

2415820

Nur Nilam memberitahu Azlan menyelamatkan nyawanya.

Justeru itu, dia meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya.

"Masa kejadian itu, mungkin saya yang mati dahulu kalau dia tak guna badan dia untuk halang saya daripada dirempuh.

"Saya minta anda doakan saya dan suami saya, saya tak tahu macam mana saya nak hidup tanpa suami saya," ujarnya.

Pasangan itu dilaporkan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain