suria

Kanak-kanak perempuan datang peluk, Wan Sharmila anggap hadiah ketika di Masjid Nabawi

Netizen memuji kermahan Wan melayan kanak-kanak berkenaan.

COMEL! Pelakon Wan Sharmila tidak dapat menahan rasa gembira apabila seorang kanak-kanak datang memeluk dan mencium pipinya ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Wan atau Wan Sharmila Wan Mohamed, 43, menyifatkan momen berkenaan sebagai hadiah istimewa buatnya ketika mengerjakan ibadah umrah.

"Lepas Lala (panggilan Wan) habis solat sunat dia terus datang nak peluk. Bahagianya rasa Allah datangkan budak comel untuk Lala lepaskan rasa sayang dan rindu.

Copy of Untitled - 2024-10-13T120518.409

Wan berkongsi video itu menerusi hantaran di Instagram.

"Hadiah istimewa hari ini di Masjid Nabawi. Adik comel nama dia Zaharah dari Pakistan ini suka kat saya kot.

"Bahagia itu apabila ada insan yang ikhlas dekat dengan kita. Dan bahagia itu apabila Lala dapat kenyam budak bambam itu," katanya.

Wan berkongsi perkara itu menerusi hantaran video memaparkan aksi mesra kanak-kanak itu memeluknya di Instagram pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Sharmila tak terkejut nama kena petik dipeluk anak Siti Sarah, mengaku kenal Shuib tapi bukan rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Isu dapat hadiah cincin, Wan Sharmila jelaskan hubungan dengan Syazwan Zulkifly

Dalam pada itu, Wan percaya pertemuan dengan kanak-kanak itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya adalah kententuan Ilahi.

"Kita tak berjumpa seseorang secara kebetulan, ditakdirkan berjumpa atas sebab-sebab tertentu. Sama ada memberi pengajaran atau rahmat," ujarnya.

Sementara itu, netizen di ruangan komen rata-rata memuji keramahan Wan melayan kanak-kanak malah ada yang mendoakan agar pelakon itu bertemu jodoh secepat mungkin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain