SELEPAS kejayaan lagu Oh My Kadhale (OMK) dan Yennode Macha, penyanyi Zubir Khan tampil dengan single terbaharu berjudul Unik. Menariknya, ia merupakan lagu berbahasa Melayu pertama Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, yang turut digabungkan dengan bahasa Tamil yang cukup sinonim dengannya. Menurut Zubir, lirik lagu tersebut juga istimewa kerana menceritakan tentang banyak maksud berbeza yang menjadi lagu tersebut unik untuk pendengar. Unik merupakan karya pertama Zubir menyanyi dalam bahasa Melayu. "Lirik lagu Unik merujuk kepada sesuatu yang memiliki ciri khas atau keistimewaan yang membezakan sesuatu daripada yang lain. "Sesuatu yang unik seperti sifat, karakter atau bentuk yang tidak biasa dan jarang ditemui," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Zubir juga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang unik seperti mampu menyanyi dalam dua bahasa berbeza. ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan ‘sempurna’ walau ada kekurangan, pelik dituduh menipu tangan kudung ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan pasang impian kembangkan karier di India, dulu tak ada orang nak ambil kerja sebab tiada tangan Malah penyanyi itu percaya dengan kekurangan pada dirinya berbanding orang lain, perkara itu tidak menghalang dia untuk terus menempa nama dalam industri. “Saya juga seorang yang unik, seperti yang semua tahu, saya dikenali sebagai penyanyi Melayu yang mampu menyanyi dalam bahasa Tamil. Lagu Unik mempunyai dua gabungan bahasa iaity Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil. "Saya percaya kekurangan saya ini bukanlah penghalang untuk saya terus berkembang dan belajar dalam bidang nyanyian” ujarnya. Single terbaharu Zubir ini sudah mula dilancarkan sejak 30 September lalu dan sudah pun mencapai lebih 100,000 tontonan di YouTube. Lagu Unik juga boleh didengari di pelbagai platform muzik termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan iTunes. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!