KEMBALI membalas kenyataan yang dikeluarkan syarikat pengurusan, penyanyi Hasif Upin akur sekiranya dia dikenakan tindakan undang-undang. Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, juga memberitahu dia bakal mengeluarkan kenyataan bagi menjawab segala persoalan berkaitan kemelut dengan syarikat Armani Entertainment. “Kalau nak ambil tindakan undang-undang saya reda. Saya memang tiada apa-apa sebab saya anak yatim piatu. Luahan Hasif di Instagram. “Saya akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Semoga semua dipermudahkan,” katanya. Hasif menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada malam Sabtu. Tindakan itu dibuat selepas Pengarah Urusan syarikat Armani Entertainment iaitu Datuk KK Chua membidas kenyataan Hasif yang mendakwa tidak dilayan baik dalam pengurusan kerjaya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah labur hampir RM1 juta, duit sewa rumah syarikat dahulukan... Pengurusan anggap Hasif Upin tak bersyukur ARTIKEL BERKAITAN: Dilayan macam ‘sampah’ Hasif Upin kecewa dengan syarikat pengurusan... Kali terakhir terima bayaran hanya RM600 Chua menyifatkan Hasif sebagai tidak bersyukur kerana pihak syarikat telah melaburkan hampir RM1 juta untuk perkembangan kerjaya termasuk penghasilan enam buah lagu dan muzik video. Menafikan dirinya tidak bersyukur, Hasif bagaimana hanya meminta agar dia diberi tawaran kerja bagi meneruskan kehidupan. Pihak pengurusan dakwa Hasif menipu dalam memberi kenyataan. “Saya tidak pernah tak bersyukur dengan apa yang diberikan pengurusan. Memang macam-macam yang dibuat untuk saya. “Saya cakap isu tidak diberikan job dari bulan Jun sampai sekarang. Saya anak yatim piatu, saya perlukan wang untuk kelangsungan hidup. “Kerja terakhir saya adalah bernilai RM600 pada bulan Jun,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!