suria

Individu tampil mohon maaf sebar fitnah, Rosyam Nor belum terfikir batal niat saman - “Sekarang saya masih marah”

Rosyam mendedahkan ada pihak tampil memohon maaf kepadanya.

SEORANG individu tampil membuat permohonan maaf selepas pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Norman membuat laporan polis berhubung fitnah di media sosial membabitkan namanya.

Rosyam atau Rosyam atau Mohamed Nor Shamsuddin, 57, bagaimanapun masih belum membuat keputusan sama ada meneruskan tindakan saman terhadap individu tersebut atau sebaliknya.

“Ada seorang dari Kedah, dia hubungi saya minta maaf. Tindakan lanjut saya kena bincang dengan peguam.

Copy of Untitled - 2024-10-13T160433.370

Rosyam berkongsi perkara itu ketika sidang media program Famili Duo musim keempat (FD4).

“Setakat ini saya tak tahu lagi. Tak adil kalau dia minta maaf lepas itu dibiarkan dan lain dikenakan tindakan.

“Buat masa sekarang saya masih marah. Saya tak tahu apa tindakan seterusnya bersama peguam,” katanya.

Rosyam ditemui ketika sidang media program Famili Duo musim keempat (FD4) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor selesai buat laporan polis, Bell Ngasri nafi terlibat sebar fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang wanita kaitkan Rosyam Nor kononnya pernah tegur Fattah Amin sebelum kahwin bakal diseret ke mahkamah - “Saya akan buat laporan polis”

Padang Khamis lalu Rosyam membuat laporan polis selepas beberapa individu mengeluarkan kenyataan kononnya dia campur tangan dalam urusan rumah tangga pelakon Fattah Amin dan Fazura.

Dia juga turut menyenaraikan beberapa pengendali laman sosial yang mengaitkan namanya dalam isu berkenaan.

Tidak mahu terus berdiam, bagi Rosyam dia perlu mempertahankan diri sekali gus membersihkam namanya.

“Saya ini terlibat dengan syarikat besar, saya juga ada keluarga. Semuanya terjejas dan terpalit.

Tak adil kalau dia minta maaf lepas itu dibiarkan dan lain dikenakan tindakan.

ROSYAM NOR

PELAKON

“Ramai yang bertanya saya tentang isu itu sedangkan saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tak masuk campur urusan orang lain.

“Sebab itu saya buat laporan polis dan mahu ambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang penglibatan sebagai juri FD4, Rosyam mengharapkan dapat berkongsi pengalaman walaupun dia bukan daripada bidang nyanyian.

“Saya memang bukan penyanyi. Tapi saya tahu menilai orang menyanyi.

553 (37)

Rosyam membuat laporan polis berhubung keratan kenyataan fitnah terhadapnya,

“Program ini juga menyerlahkan persembahan pentas dan itu tugas saya untuk menilai,” jelasnya.

FD4 akan mula bersiaran di saluran TV3 bermula 20 Oktober ini.

Antara pasangan yang akan bersaing adalah Salma Asis & Ayie Ilham, Tomok & Sharul Kamal, Shiha & Ieda Zikir, Didi Astillah & Yazmin Aziz serta Zahid dan Anne.

Sementara itu psangan gandingan Naqiu akan diumumkan pada minggu pertama pertandingan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain