KEMBALI menyertai pertandingan program nyanyian, penyanyi Naqiu mengambil keputusan beraksi di pentas Famili Duo musim keempat (FD4) yang dilihat platform terbaik menyerlahkan sisi kreatif sebagai penghibur. Walaupun pernah memberitahu enggan lagi terlibat dalam sebarang pertandingan namun melihat FD4 sebagai salah satu langkah menghargai sokongan peminat. “Sekarang ini barulah saya percaya kenapa Tomok suka masuk pertandingan. Adrenalin dia memang berbeza. Naqiu berkongsi perkara itu ketika sidang media Famili Duo (FD4). “Apabila sertai pertandingan juga akan menggerakkan diri supaya berfikir lebih kreatif,” katanya kepada mStar. Naqiu berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media memperkenalkan juri dan barisan peserta FD4 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad. Bagaimanapun pasangan duet Naqiu hanya akan diumumkan pada minggu pertama konsert. ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Boboy hanya tinggal janji, penganjur acara kerap jumpa Naqiu sebab ada niat lain ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 20 tahun Naqiu beraksi di Anugerah Juara Lagu berakhir, janji akan buat Faizal Tahir bangga Selain Naqiu peserta yang bakal bersaing adalah pasangan adik-beradik Shiha & Ieda Zikir serta Zahid & Anne. Manakala Didi Astillah bergandingan dengan sepupunya, Yazmin Aziz selain Tomok & Sharul Kamal serta Salma Asis & Ayie Ilham. Enam pasangan selebriti ini bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000. Barisan peserta prgram Famili Duo musim keempat. Musim kali ini juga bakal menyaksikan Janna Nick dan Sharif Zero bertindak sebagai hos program. Manakala kerusi juri pula akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. FD4 akan bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 20 Oktober ini di TV3. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!