suria

50 peratus kulit dan tisu tangan kanan Azlan Komeng dibuang, bakal jalani pembedahan pinggul patah

Nilam bersyukur suaminya semakin stabil selepas menjalani pembedahan pertama.

SUSULAN terlibat dalam kemalangan jalan raya, pelakon Azlan Komeng terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanan di Hospital Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu.

Isteri Azlan iaitu Nur Nilam Ortiz berkata, pembedahan itu dilakukan bagi mencantumkan semula kulit tangan yang terkoyak akibat kemalangan tersebut.

“Kulit tangan suami terkoyak, jadi doktor terpaksa membuang 50 peratus bahagian kulit dan tisu untuk mencantumkan semula saraf dan urat Azlan.

Copy of Untitled - 2024-10-13T161729.545

Nilam memberitahu suaminya kini dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah pembedahan berjaya dilakukan semalam (Sabtu) dan keadaannya sekarang stabil,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Selain koyak pada bahagian tangan, Nilam memaklumkan Azlan turut mengalami patah pada kedua-dua belah kaki serta bahagian pinggul.

Susulan itu, Azlan akan dipindahkan ke Hospital Batu Pahat di Johor bagi menjalani pembedahan kedua pada bahagian pinggul pada malam Ahad.

Mungkin akan ambil masa lama untuk pulih.

NUR NILAM

ISTERI AZLAN KOMENG

"Kami akan dipindahkan ke hospital Batu Pahat malam ini untuk pembedahan di bahagian pinggul yang patah.

"Mungkin akan ambil masa lama untuk pulih, dalam enam hingga tujuh bulan," ujarnya.

Walaupun masih trauma dengan insiden tersebut namun Nilam bersyukur suaminya selamat meskipun mengalami kecederaan parah selepas cuba melindunginya daripada dirempuh ketika kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng patah kaki dan tangan, isteri cerita detik cemas terlibat kemalangan - “Dia guna badannya lindungi saya daripada dirempuh”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz cerai Azlan Komeng tak sah, Nur Nilam kembali taat kepada suami

Jelasnya, dia juga tidak akan melupakan pengorbanan suaminya yang sanggup menggadai nyawa mengeluarkan dia daripada kenderaan walaupun mengalami cedera parah.

"Saya bersyukur keadaan dia semakin stabil, saya datang jumpa dia lepas pembedahan semalam dan Alhamdulillah suami sudah boleh berbual.

“Terpancar kasih sayang dia terhadap saya, sampai terkoyak tangan semata-mata cuba lindung badan saya yang kecil daripada dilanggar.

Copy of Untitled - 2024-10-13T162008.318

Nilam terharu menyaksikan pengorbanan Azlan melindunginya.

"Dalam keadaan tangannya berdarah dia mengensot menjerit meminta bantuan tarik saya keluar daripada kereta,” jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Azlan dan Nilam dilaporkan terlibat dalam kemalangan ngeri di Kuala Lipis, Pahang.

Kenderaan jenis Perodua Kancil dipandu pasangan itu bertembung dengan sebuah van sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain