PENYANYI Hasif Upin mendakwa diminta mengosongkan rumah sewa didudukinya secara mengejut oleh pihak pengurusannya iaitu Armani Entertainment tanpa alasan munasabah. Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan dia hanya diberi tempoh selama 10 hari untuk berpindah. “Saya disuruh keluar serta merta dengan notis sepuluh hari daripada rumah disediakan pihak pengurusan. “Cuba bayangkan macam mana saya nak kemas barang-barang dan uruskan semua benda dan pulang ke kampung halaman saya di Kota Tinggi, Johor dalam masa singkat berbekalkan wang yang ada,” katanya. Hasif menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram. Hasif berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagram pada Ahad. Dalam pada itu, Hasif bernasib baik apabila seorang individu menghulurkan bantuan dengan membayar sewa rumah berkenaan. Pertolongan itu membolehkan dia menguruskan proses perpindahannya dalam tempoh sebulan akan datang. "Nasib baik ada hamba Allah baik hati ikhlas menolong saya dengan membayar tempoh tambahan lagi satu bulan untuk rumah saya,” jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah labur hampir RM1 juta, duit sewa rumah syarikat dahulukan... Pengurusan anggap Hasif Upin tak bersyukur ARTIKEL BERKAITAN: Dilayan macam ‘sampah’ Hasif Upin kecewa dengan syarikat pengurusan... Kali terakhir terima bayaran hanya RM600 Walaupun ditindas sedemikian rupa, Hasif memberitahu dia akur dan tidak melawan arahan pihak pengurusan. Jelasnya, dia sanggup menahan sabar mengenangkan jasa Armani Entertaiment yang banyak membantu membina nama dalam industri seni. "Saya tak pasti apa perancangan mereka sampai buat begitu sekali kepada saya, tetapi saya akur dan tak melawan. "Saya kenang jasa mereka yang membawa budak kampung ini ke pentas industri hiburan, jangan cakap saya tak buat apa-apa untuk membantu pihak pengurusan," ujarnya. Hasif sebelum ini meluahkan kekecewaan atas layanan teruk oleh Armani Entertainment. Sebelum ini, Hasif meluahkan rasa kecewa apabila mendapat layan tidak adil oleh Armani Entertainment. Malah penyanyi itu mendakwa kali terakhir dia menerima tawaran kerja daripada syarikat sekitar Jun lalu dengan bayaran RM600. Susulan itu, pengarah utusan syarikat berkenaan iaitu Datuk KK Chua tampil membidas kenyataan Hasif dan menegaskan tuduhan kononnya penyanyi itu dilayan buruk sebagai palsu. Hasif juga disifatkan sebagai artis baharu yang tidak tahu bersyukur selepas pihak pengurusan mengeluarkan pelaburan besar untuk kerjayanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!