suria

Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta... Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh

Vida mahu berikan pendidikan terbaik buat Cik B.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida memaklumkan anak perempuannya iaitu Cik B menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej di Barcelona, Sepanyol.

Berkongsi mengenai perkara itu, Vida atau Hasmiza Othman, 53, memberitahu dia mengeluarkan belanja mencecah RM500,000 sebulan selama setahun Cik B menyambung pengajian di negara berkenaan.

"Betul Cik B sambung belajar di Sepanyol. Ambil tiga jurusan berbeza iaitu Bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari.

size NP 1 - 2024-10-16T164619.623

Cik B sambung belajar di Sepanyol.

"Kos perbelanjaan ya ampun mahal, sekitar RM500,000 sebulan termasuk kos rumah, makan dan minum.

"Cik B sambung belajar di sini (Sepanyol) selama setahun. Kemudian dia juga akan sambung pengajian untuk degree," katanya ketika dihubungi mStar.

Meskipun mengeluarkan belanja besar, Vida berkata dia tidak berkira untuk pendidikan anak, malah dia memilih tempat penginapan yang selesa dan selamat untuk Cik B.

Vida bagaimanapun berharap apa yang dilaburkan itu berhasil dan Cik B mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbelanjaan bulanan Cik B RM300,000 sebulan, tak lagi minta izin Vida - “Boleh beli rumah teres setiap bulan”

ARTIKEL BERKAITAN: Vida kerja keras agar tak hidup susah, Cik B kecewa dituduh tumpang kesenangan ibu

"Saya okay untuk habiskan wang untuk pelajaran anak sebab saya mahu Cik B jadi orang yang hebat dunia dan akhirat, malah saya pilih Barcelona untuk Cik B sambung belajar kerana tempatnya cantik, hebat dan pelancong ramai.

"Jadi Cik B tak bosan, lagipun kalau tiada kelas dia nak pergi Paris ke London balik hari pun boleh sebab dekat.

"Apa yang penting keputusan dia kena terbaiklah," jelasnya.

size NP 1 - 2024-10-16T164421.318

Vida mahu berikan yang terbaik buat anak-anaknya.

Sebelum ini, Vida memaklumkan Cik B atau Nue Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, melanjutkan pelajaran ke Sepanyol.

Vida juga dilihat berada di negara berkenaan bagi membantu proses pendaftaran anaknya di kolej itu.

Untuk rekod, selain Cik B, Vida mempunyai seorang lagi anak lelaki yang bernama Eric Zaquan atau mesra disapa Kacak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain