suria

[V] Idzham Ismail pula bercerai, gagal kawal kemarahan punca lafaz talak terhadap isteri - “Saya bukannya malaikat”

NAMPAKNYA berita penceraian selebriti masih belum reda dan kali ini giliran pelakon Idzham Ismail bercerai dengan isterinya iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin.

Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata, dia melafazkan cerai terhadap Abilah pada awal Oktober lalu dan Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Isnin mengesahkan lafaz dibuat.

"Baru sah tadi (pagi Isnin). Mahkamah sahkan lafaz cerai yang saya buat pada awal Oktober lalu," katanya ketika dihubungi mStar.

idzham 22

Idzham melakukan lafaz cerai di luar mahkamah.

Bercakap lanjut Idzham memaklumkan konflik berpanjangan menjadi punca dia gagal mengawal kemarahan sehingga melafazkan cerai di luar mahkamah terhadap Abilah.

Tambahnya keputusan isteri kembali bekerja sebagai pramugari juga menjadi salah satu faktor berlaku perselisihan antara mereka sejak Jun lalu.

"Saya kecewa apa yang berlaku sebab ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula, dia mula berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail tak bagi isteri memasak, lebih gemar makan di restoran - “Saya tak mahu dia penat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto di mahkamah syariah, Idzham Ismail hanya minta doa buat keluarganya

"Sudah berbulan-bulan saya cuba memujuk dan tak henti memujuk. Sehinggalah pada awal Oktober saya terlafaz cerai.

"Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan," ujar.

Tambah Idzham juga dia tidak mungkin akan kembali berbaik dengan Abilah selepas ini.

Saya sudah bersabar berbulan-bulan

IDZHAM ISMAIL

PELAKON

Kedua-dua mereka masih dalam proses perbincangan dalam menetapkan hak penjagaan anak.

"Saya boleh katakan hubungan kami sekarang memang tidak baik.

"Buat masa sekarang anak-anak di bawah jagaan saya. Saya mahu didik anak-anak dan mereka mahu tinggal bersama saya.

idzham 33

Anak-anak kini di bawah jagaan Idzham.

"Saya dan bekas isteri akan berbincang di masa akan datang tentang hak penjagaan anak," jelasnya.

Untk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain